Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Mar 26, 2009

BULETIN 26 MAC - BAYARAN UNTUK PROGRAM

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Bagi peserta yang telah mendaftar untuk menyertai Program Bimbingan Usahawan Ternak Modul-1 dan Modul-2 yang akan diadakan pada 28 dan 29 Mac ini, diminta membuat bayaran ke dalam akaun berikut bagi mengesahkan 'tempat' anda :

Public Bank Berhad
3992324032 (Suhaimi Md Amin)

Sila hubungi/sms saya setelah bayaran dibuat. Slip bayaran hendaklah dibawa bersama semasa pendaftaran program nanti.


Sekian. Assalamualaikum ...


Nota:
Sehingga tarikh ini, 26 Mac jam 7 pagi, masih terdapat beberapa kekosongan lagi bagi program ini. Sila hubungi saya melalui sms/email untuk pendaftaran.



Mar 19, 2009

BULETIN 19 MAC 2008

Assalamualaikum pengunjung semua...

Tarikh bagi Program Bimbingan Usahawan Ternak (Kambing) telah kami tetapkan seperti berikut:

Modul 1 - Kursus Asas Penternakan Kambing :

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
(bermula dari 8.30 hingga 6.00 ptg)
Yuran : RM200

Modul 2-Latihan Praktikal Asas :

Tarikh: 29 Mac 2009 (Ahad)
(bermula dari 8.30 sehingga 6 ptg)
Yuran : RM200


Pakej Modul-1 + Modul-2 --> Yuran RM300


Sehingga kini, masih terdapat beberapa kekosongan lagi, dan kami masih mengalu-alukan penyertaan anda.

Kepada sesiapa yang berminat menyertai Program ini, sila emailkan kepada saya butiran peribadi berikut:

1. Nama peserta
2. No KP
3. No hp untuk dihubungi
4. Alamat


Bayaran boleh dibuat melalui akaun bank berikut bermula hari ini:
Public Bank 3992324032 (Suhaimi Md Amin).

Sila sms saya selepas bayaran dibuat.

Mar 8, 2009

BULETIN 8 MAC 2009 - PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK MAC 2009

Assalamualaikum pengunjung semua...

Kami merancang untuk mengadakan Program Bimbingan Usahawan Ternak Modul -1 dan Modul-2 di dalam bulan Mac ini, tertakluk kepada sambutan yang diterima. Tarikh yang dirancang adalah seperti berkut:


Modul 1 - Kursus Asas Penternakan Kambing :

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
(bermula dari 8.30 hingga 6.00 ptg)


Modul 2-Latihan Praktikal Asas :

Tarikh: 29 Mac 2009 (Ahad)


Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi kami melalui email atau talipon.




Feb 17, 2009

BULETIN 17 FEB - PERALATAN LADANG DAN SUPPLEMENT

Salam pengunjung dan rakan penternak semua.......

Stok peralatan ladang kambing seperti 'nipple' paip minuman dan tag telinga telah tiba. Begitu juga dengan blok jilatan dan supplement seperti Blok Vitamin AD3E dan Blok Mineral. Kami juga membekal ubat-ubatan asas penternakan kambing. Sila layari blog asSakinah Agro Farm untuk keterangan lanjut. Pihak kami bersedia membuat penghantaran melalui pos atau dengan menggunakan pengangkutan lain seperti lori, bas, dll.

Sekian terima kasih.

Assalamualaikum....

Jan 29, 2009

BULETIN 29 JAN - JADUAL PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK BAGI BULAN FEBUARI

Salam pengunjung semua...
Kami bercadang untuk mengendalikan Program Bimbingan Usahawan Ternak untuk bulan Febuari 2009 pada tarikh-tarikh berikut:


KEMASIKINI 15 FEB

Modul-1 : Kursus Asas Penternakan Kambing (Intensif 1 hari)
(Yuran RM200)

Pilihan tarikh kursus :

28 Feb 2008 (Sabtu) -


Nota: Pengesahan tarikh tertakluk kepada bilangan penyertaan
Bil. minima diperlukan : 4 orang
(Bil. maksima: 6 orang)


Modul-2 : Latihan Praktikal Asas (Intensif 1 hari)
(Yuran RM200)

Pilihan tarikh kursus :

29 Feb 2008 (Ahad) - masih ada 4 kekosongan


Nota: Pengesahan tarikh tertakluk kepada bilangan penyertaan
Bil. minima diperlukan : 2 orang
(Bil. maksima: 6 orang)


Modul-3 : Latihan Praktikal Lanjutan (2 minggu)

Hanya akan dijalankan berdasarkan permintaan.
Bilangan peserta minima: 1 orang


Sesiapa yang berminat untuk hadir atau menghantar perserta untuk mengikuti kursus di atas, sila hubungi kami melalui talipon atau email.

Jan 27, 2009

BULETIN 27 JAN - PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK

Modul-1: Kursus Asas Penternakan Kambing
Alhamdulillah, kursus ini telah berjalan lancar seperti yang dijadualkan pada 24 & 25 Jan lalu, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Ia dihadiri oleh 4 orang perserta iaitu masing-masing seorang dari Kuantan, Negeri Sembilan, Selangor serta seorang dari Sabah yang bekerja di Klang.

Peserta telah diberi penerangan dan pendedahan mengenai projek penternakan kambing komersil termasuk aspek kewangan dan teknikal. Peserta juga diberi latihan praktikal rawatan asas penyakit kambing termasuk suntikan antibiotik, suntikan vaksin anti-pasteurellosis (pneumonia), rawatan ubat cacing, kutu dan kurap, serta rawatan semburan mata.


Sedang mengenalpasti kambing yang kurang sihat


Salah seorang peserta sedang membuat latihan menyuntik antibiotik ke atas seekor kambing


Latihan menyembur Teramycin Pink Eye ke dalam mata anak kambing yang mengalami masaalah mata berair


Peserta kursus - dari kiri Faiz (Sabah). Hidzir (Selangor), Khalil (Pahang) dan Hisham (NS)


Bergambar bersama peserta kursus di akhir sesi


Kami bercadang mengendalikan kursus ini sekali lagi pada bulan Februari ini. Mereka yang berminat sila hubungi kami untuk membuat tempahan tempat. Sebagaimana biasa, kursus ini diadakan dalam kelompok kecil iaitu antara 4-6 orang perserta bagi setiap sesi. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan kursus ini kepada setiap peserta.

Untuk sesi akan datang, kami akan mengubahsuai keseluruhan kandungan program ini untuk menyingkatkan tempoh kursus Modul-1 kepada 1 hari sahaja. Ini untuk memberi kemudahan kepada bakal peserta yang tidak dapat meluangkan masa selama 2 hari oleh kerana komitmen lain. Yuran penyertaan juga dikurangkan kepada RM200 sahaja.

Modul-1 lebih memfokus kepada penerangan dan perbincangan mengenai aspek kewangan (modal pelaburan dan prospek perolehan keuntungan) serta asas teknikal bagi projek penternakan kambing komersil . Ia ditujukan kepada bakal pelabur yang berminat menceburi bidang penternakan kambing komersil. Sila klik di sini untuk mengetahui tentang modul ini dengan lebih lanjut.

Modul-2 pula lebih menekankan kepada latihan praktikal asas di mana ia ditujukan kepada peserta yang bakal bekerja di ladang mengendalikan ladang penternakan kambing. Ia akan dijalankan selama 1 hari iaitu pada hari yang lain. Sila klik di sini untuk mengetahui tentang modul ini dengan lebih lanjut.

Modul-3 merupakan latihan praktikal lanjutan di mana peserta diberi latihan secara sangkut di ladang kami untuk tempoh 2 minggu. Ia betujuan melatih pekerja ladang dengan latihan asas secukupnya sebelum mula bekerja di ladang penternakan kambing. Penginapan untuk peserta adalah disediakan di ladang kami. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang modul ini.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Program ini.

Jan 26, 2009

BULETIN 26 JAN - KONG HI FAT CHOY

Kami di AsSakinah Agro Farm mengambil peluang mengucapkan Kong Hi Fat Choi kepada semua rakan penternak serta pengunjung blog ini yang berbangsa China.

KONG HI FAT CHOI !!!!



Jan 23, 2009

BULETIN 23 JANUARI 2009 - LAST CALL!!!

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK
Modul 1- Kursus Asas Penternakan Kambing

Tarikh 24 & 25 Januari 2009 - BESOK !!! InsyaAllah akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi.

Tempat:
Ladang AsSakinah Agro Farm
Kg. Lubok Kelubi
Batu 19 1/2, Jalan Hulu Langat
Selangor D.E.
(berdekatan Pangsun dan Sg. Chongkak)

Masih ada 2 kekosongan.
Sesiapa yang berminat menyertai kursus ini, sila hubungi saya segera di talian 019-2231507.

Jan 18, 2009

BULETIN 18 JAN 2009

PAS Menang di KT
Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Dalam pilihanraya Mac tahun lalu, BN menang dengan majoriti 628 undi manakala pada tahun 2004 BN menang dengan majoriti 1933.

Nampaknya sokongan pengundi KT kepada BN menunjukkan 'trend' menurun. Apalah sebab agaknya ye...?

Jan 17, 2009

BULETIN 17 JAN 2009

KT By-Election: The D-Day

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua,
hari ini merupakan hari penentuan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Pengundian bermula jam 8 pagi ini, iaitu kira-kira beberapa minit sahaja lagi dari sekarang. Mudah-mudahan proses pengundian berjalan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Kepada pengundi-pengundi di KT, kami ucapkan selamat mengundi ... gunakanlah hak mengundi anda dengan bijaksana. Setiap undi anda akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak.


Kambing kampong kacukan untuk akikah
AsSakinah Agro Farm mempunyai stok kira-kira 50 ekor kambing kampung kacukan yang sudah cukup umur dan sesuai untuk tujuan akikah. Harga borong RM520. Klik di sini untuk keterangan lanjut.