Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin
Showing posts with label kursus penternakan kambing. Show all posts
Showing posts with label kursus penternakan kambing. Show all posts

Mar 31, 2009

BULETIN 31 MAC - GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK

Alhamdulillah, Program Bimbingan Usahawan Ternak Siri ke-3 telah berlangsung dengan lancar pada 28hb Mac (Modul-1) dan 29hb Mac (Modul-2) yang baru lalu di ladang kami di Hulu Langat, Selangor.

Program ini dihadiri oleh 7 orang peserta, seorang dari Terengganu, seorang dari Pulau Pinang, manakala selebihnya dari Lembah Klang. Seorang lagi peserta dari Lembah Klang yang dijadualkan bersama terpaksa menarik diri di saat-saat akhir kerana masaalah anaknya yang mengalami demam panas dan muntah-muntah. Kesemua 7 orang peserta ini telah hadir di kedua-dua hari dan telah mengikuti kedua-dua modul ini.


Para peserta bergambar bersama-sama di awal program


Hari pertama program telah diisi dengan penerangan teori untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai projek penternakan kambing. Penekanan diberi terhadap aspek komersil serta menjawab persoalan 'Adakah Penternakan Suatu Perniagaan?'. Sesi dialog/soaljawab juga nampaknya sungguh 'lively' kerana kesemua peserta menunjukkan minat dan komitmen yang mendalam terhadap program ini.

Di hari ke-2, peserta diberi penerangan mengenai aspek praktikal dalam memulakan projek penternakan kambing, termasuk pemilihan lokasi ladang yang sesuai, kedudukan kandang mengikut bentuk mukabumi ladang, saiz serta 'layout' kandang yang sesuai dibina. Peserta juga didedahkan kepada amalan-amalan yang perlu dibuat dan yang perlu dielakkan dalam menjalankan operasi ladang penternakan kambing. Ini diikuti dengan sesi penerangan terus di kandang mengenai baka-baka kambing yang ada di ladang AsSakinah Agro Farm, serta latihan praktikal asas.



Penyembelihan kambing akikah
Peserta berpeluang menyaksikan proses pemyembelihan kambing akikah di hari pertama program



Sesi Latihan Praktikal Ringkas
Peserta diajar cara-cara memotong rumput Napier menggunakan mesin 'chopper' serta diberi peluang membuat latihan praktikal ringkas



Sesi bergambar
Bergambar bersama peserta di akhir program - dari kiri: Saya, Rahila, Faridah dan suami Sahidon, Azmi, Dino, Azman (oghang Utagha/Penang) dan Rofizi (oghang Gganu).



Kami di Assakinah Agro Farm sangat berbesar hati di atas kehadiran para peserta Program Bimbingan Usahawan Ternak Siri ke-3 ini dan ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terimakasih kepada semua peserta yang hadir. Komitmen dan minat yang ditunjukkan memberikan semangat kepada kami untuk terus menawarkan program ini kepada peserta-peserta yang lain pada masa akan datang.

Bagi mereka yang berminat menyertai Program Siri ke-4 yang dijangka diadakan pada bulan April ini, sila hubungi saya melalui email dan nyatakan tarikh yang sesuai bagi anda. Kami akan menetapkan tarikh program setelah mendapat maklumbalas dari bakal peserta nanti.

Mar 27, 2009

BULETIN 27 MAC - LAST CALL !!!

Assalamualaikum pengunjung semua...

Sebagaimana yang telah diwarwarkan sebelum ini, InsyaAllah Program Bimbingan Usahawan Ternak (Kambing) akan diadakan pada tarikh berikut:

Modul 1 - Kursus Asas Penternakan Kambing :

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
(bermula dari 8.30 hingga 6.00 ptg)
Yuran : RM200

Modul 2-Latihan Praktikal Asas :

Tarikh: 29 Mac 2009 (Ahad)
(bermula dari 8.30 sehingga 6 ptg)
Yuran : RM200


Pakej Modul-1 + Modul-2 --> Yuran RM300


Lokasi Program:
Ladang AsSakinah Agro Farm
Lot 2515, Jalan Hj. Mokhtar, Kg. Lubok Kelubi
Batu 19 1/2, Jalan Hulu Langat (jalan ke Pangsun/Sg. Chongkak)
Selangor D.E.



Bayaran boleh dibuat melalui akaun bank berikut:
Public Bank 3992324032 (Suhaimi Md Amin).

Sila sms saya selepas bayaran dibuat.


NOTA:
Sehingga tarikh ini 27 Mac 7 pagi, masih terdapat beberapa kekosongan lagi, dan kami masih mengalu-alukan penyertaan anda.

Dec 5, 2008

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK

Pendahuluan
Kami di AsSakinah Agro Farm kini mengendalikan secara berkala Program Bimbingan Usahawan Ternak bertempat di ladang kami di Kg. Lubok Kelubi, Batu 19 1/2 Jalan Hulu Langat, Selangor. Program akan dikendalikan oleh En. Suhaimi Md Amin.

Program ini dibahagikan kepada 3 modul berasingan yang kami kendalikan untuk peserta yang berminat untuk menceburkan diri dalam projek penternakan kambing komsersil. Modul-1 merupakan modul asas yang dikenali sebagai Kursus Asas Penternakan Kambing, Modul-2 pula merupakan modul latihan praktikal jangkapendek (1 hari) dikenali sebagai Latihan Praktikal Asas manakala Modul-3 pula merupakan Latihan Praktikal Lanjutan yang dijalankan secara sangkut di ladang kami.


Yuran:


Modul-1 : RM200

Modul-2 : RM200

Pakej Modul-1 + Modul-2 : RM300
(iaitu bagi peserta yang mendaftar untuk kedua-dua modul 1 dan 2 sekali gus)


Modul-3 : RM700
(Nota: Modul ini ditawarkan secara percuma bagi pembeli Pakej Bimbingan Usahawan Ternak)


Untuk pertanyaan lanjut bagi program ini, sila hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi)