Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin
Showing posts with label baja urea. Show all posts
Showing posts with label baja urea. Show all posts

Jan 13, 2011

Baja Urea Sebagai Sumber Alternatif Protin

Assalamualaikum wm wbkh!
Baja urea mengandungi unsur N (nitrogen) yang tinggi iaitu kira-kira 46%. Nitrogen merupakan unsur utama dalam asid amino,  di mana asid amino inilah yang membentuk protin. Badan sebenarnya hanya memerlukan asid amino, bukannya keseluruhan protin, dan asid amino ini boleh dibekalkan oleh baja urea. (Untuk artikel mengenai protin, sila klik di sini)

Semalam, 12 Januari 2011, saya mula menjalankan eksperimen ke atas sekumpulan 26 ekor induk kambing kacukan yang kurus, di mana sebanyak 5 ekor darinya adalah kurus kronik. Saya memberikan kira-kira 50gram baja urea yang digaulkan ke dalam makanan mereka. Di samping itu, enzim juga dimasukkan ke dalam makanan mereka, sebagaimana yang saya berikan kepada kesemua kambing-kambing peliharaan saya.

Sekumpulan induk kambing kampung kacukan yang kurus kronik, kini dijadikan bahan eksperimen

Induk hitam ini adalah yang kurus 'extreme' kronik

Saya meletakkan sasaran selama sebulan untuk melihat perubahan ke atas kumpulan induk yang kurus ini. InsyaAllah, saya akan 'update' dari semasa ke semasa tentang perkembangan eksperimen ini.

So, stay tuned..........

Jan 7, 2011

Keperluan Diet Ruminan

Assalamualaikum wm wbkh!
Untuk memastikan diet yang sempurna bagi ternakan ruminan seperti kambing, makanan yang diberi mestilah mengandungi 3 komponen utama berikut:

1. sumber protin
- perlu bagi tumbesaran dan pembinaan otot-otot (iaitu untuk kenaikan berat badan)
- boleh didapati dari bahan seperti rumput, soya dan urea

2. sumber fiber (serat)
- perlu untuk membantu penghadaman dan pencernaan makanan
- boleh didapati dari bahan seperti rumput dan jerami padi

3. sumber karbohidrat
- perlu bagi membekalkan tenaga
- boleh didapati dari bahan seperti molas, jagung, ubi kayu

4. sedikit garam dan lain-lain mineral

Nota: Fisiologi perut ternakan ruminan, di mana mereka mempunyai 4 jenis perut, membolehkan mereka mengambil protin dari pelbagai jenis sumber. Baja urea boleh diberi sebagai sumber protin alternatif bagi ternakan. Ia merupakan sumber protin yang paling murah. Baja urea mempunyai kandungan N (nitrogen) melebihi 46%, berbanding hanya 16% bagi kebanyakan sumber protin dari tumbuhan seperti kacang soya. Walau bagaimanapun, amaun urea yang diberi mestilah tidak berlebihan, jika tidak ia akan menyebabkan ternakan ruminan mengalami keracunan (urea toxicity).

InsyaAllah saya akan 'update' dengan penjelasan lanjut sedikit masa lagi...

Rujukan:
1. http://www.smartlic.com/smartlic_resources_goat_nutrition.html
2. http://dineshpanday.blog.com/2010/06/17/urea-as-a-non-protein-nitrogen-sources-for-ruminants/