Assalamualaikum wm wbkh!
Nampaknya banjir yang melanda beberapa bahagian benua Australia sejak akhir-akhir ini masih berterusan hingga ke hari ini. Sebelum ini pun Australia dilanda beberapa malapetaka. Kesannya adalah terputusnya bekalan kambing feral yang biasanya diimpot masuk dari negara tersebut dalam jumlah yang besar iaitu beberapa ribu ekor setiap bulan untuk tujuan sembelihan.
Sebagaimana yang kita maklum, feral merupakan kambing liar yang hidup bebas, bukannya kambing yang diternak. Itulah sebabnya bekalan kambing jenis ini dapat diperolehi dengan murah. Walau bagaimana pun, banjir panjang yang berlaku di negara sumber tersebut menyebabkan bekalannya kini sangat sukar diperolehi, bahkan hampir tiada yang diimpot masuk ke negara kita sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.
Natijahnya adalah kenaikan harga kambing tempatan di pasaran. Ini memberi nafas baru kepada penternak-penternak tempatan yang selama ini terpaksa bersaing dengan pengimpot feral.
Saya terfikir.... sekiranya banjir besar yang sedang melanda Australia ini menyebabkan kematian induk-induk feral, tentunya akan menjejaskan bekalan kambing tersebut di pasaran untuk tempoh yang lama. Apakah industri penternakan kambing tempatan akan mendapat menafaat akibat pertambahan permintan dan kenaikan harga pasaran?
Kita tunggu dan lihat... serta bersedia...
Wallahu a'alam....
Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin
Showing posts with label jom ternak kambing. Show all posts

Jan 12, 2011
Jan 11, 2011
Jerami Padi Sebagai Sumber Fiber
Assalamualaikum wm wbkh!
Ternakan ruminan memerlukan fiber bagi membantu pencernaan makanan. Fiber boleh didapati dari sumber seperti rumput dan daun-daun kayu. Di kalangan penternak ruminan, rumput merupakan pilihan yang paling popular, kerana di samping membekalkan fiber, ia juga merupakan sumber protin yang baik. Bagi penternak yang menternak secara lepas bebas (free grazing), rumput merupakan sumber makanan yang paling ekonomik dan ia dapat membekal segala keperluan diet kambing, iaitu protin, fiber dah juga karbohidrat.
Walau bagaimanapun, bagi yang menternak secara fidlot, usaha mendapatkan rumput dalam kuantiti yang secukupnya memerlukan kos yang agak tinggi (untuk bayaran upah buruh dan lain-lain). Dalam kes ini, jerami padi boleh dijadikan sebagai sumber altenatif fiber. Kandungan selulos susah hadam yang terdapat dalam jerami menyebabkan ternakan ruminan terpaksa mengunyahnya berulangkali. Fisiologi perut ruminan yang mempunyai empat bahagian perut memungkinkan hal ini, kerana jerami yang dimakan dan disimpan di dalam rumen boleh dikeluarkan semula bagi dikunyah secara berulangkali. Proses ini membantu penjanaan airliur, dan enzim dari airliur ini membantu pencernaan makanan, sekaligus dapat memperbaiki FCR ternakan. Natijahnya adalah ternakan menjadi sihat dan berat badannya bertambah kerana berupaya memenafaatkan sebanyak mungkin zat makanan yang dimakan.
Walau bagaimana pun, penternak harus memahami bahawa jerami tidak membekalkan sumber protin dan karbohidrat. Jadi, sekiranya jerami dijadikan pengganti rumput, makanan tambahan yang dapat membekalkan protin dan karbohidrat haruslah diberi kepada ternakan untuk melengkapkan diet mereka.

Labels:
airliur,
berat kering,
dry matter,
enzim,
fiber,
jerami padi,
jom ternak kambing,
karbohidrat,
lembu,
pencernaan,
protin,
rumen,
ruminan,
selulos,
serat,
susah hadam,
tenaga
Jan 10, 2009
BULETIN 10 JAN 2009
Sila ke BazarTani
Labels:
jom ternak kambing,
kandang,
kursus ternakan kambing,
minuman,
nipple,
paip,
sistem
Dec 26, 2008
BULETIN 8 JAN 2009
Kami kini sudah berpindah ke Domain Dot Com
Layari Blog kami di alamat berikut:
http://JomTernakKambing.Com
BERITA KEMATIAN KAMBING DI MUSIM TENGKUJUH YANG LEPAS
Assalamu'alaikum pengunjung semua...
Di musim hujan/tengkujuh yang lepas, (iaitu yang bermula dari bulan oktober dan baru berakhir baru-baru ini), banyak kematian ternakan kambing dilaporkan oleh rakan-rakan penternak. Ia berlaku terutamanya di kawasan di mana peredaran udara adalah kurang lancar.
Saya mengesyaki kebanyakan kematian adalah disebabkan oleh gejala pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria pasteurella. Kelembapan udara yang tinggi akibat hujan yang berpanjangan menyebabkan udara menjadi lebih berat lantas menghadkan peredaran udara di persekitaran kandang. Keadaan sebegini menambah risiko serangan wabak pneomonia. Biasanya ternakan yang mengalami serangan 'pasteurellosis' mati secara agak mengejut, walaupun sihat dan kelihatan cergas sehari sebelumya, ia tiba-tiba menjadi murung dan hilang selera makan dalam tempoh 24 jam. Sejurus sebelum kematian. ternakan menunjukkan tanda seolah-olah mengalami kekejangan otot-otot kaki. Kadang-kadang juga hilang kawalan diri dan menanduk-nanduk kandang dan bertindak tidak tentu hala.
Untuk mengelakkan serangan 'pasteurellosis' ini, penternak dinasihatkan supaya mengambil tindakan pencegahan awal. Semua kambing harus diberi pelalian/pemvaksinan sebelum tibanya musim hujan/tengkujuh. Ia harus diberi ketika ternakan berada dalam keadaan sihat dan cergas.
Sila klik link di bawahi untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemvaksinan terhadap 'pasterurellosis':
Persiapan menghadapi musim hujan/tengkujuh

bimbingan,
boer,
jamnapari,
jom ternak kambing,
kacukan,
kambing,
kursus,
kursus ternak kambing,
latihan,
penternakan,
ternak,
ternakan,
usahawan
Subscribe to:
Posts (Atom)