Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jun 29, 2008

BOER - Baik & Buruk Dalam Konteks Malaysia PENTING !!!

Kambing Boer merupakan kambing pedaging yang tebaik kerana rangkanya besar, manakala saiz tulangnya pula kecil dan mempunyai peratusan daging yang tinggi. Kambing Boer Baka Pejantan boleh mencapai berat melebihi 100kg bila mencapai umur 2 tahun, manakala Boer kacukan yang biasanya dibuat sembelihan boleh mencapai berat sekitar 40-50kg apabila mencapai umur 1 tahun. Peratusan daging (karkas) yang diperolehi biasanya sekitar 50-55% daripada berat hidup.

Kambing Boer samaada jantan atau betina, buat masa ini kebanyakannya adalah diimport dari Australia. Boer jantan selalunya agak lasak dan tahan terhadap perubahan iklim dan suasana persekitaran, yang nyata berbeza di antara Malaysia dan tempat asalnya Australia. Iklim di Malaysia adalah panas lembap di mana hujan turun dengan lebat pada masa-masa tertentu. Di Australia pula, iklimnya panas dan kering, dan kadar kelembapan udaranya rendah. Cara penternakan Boer di Australia adalah secara lepas bebas di mana kambing makan secara meragut rumput dengan bebas, dan jarang sekali berinteraksi degan manusia. Di Malaysia pula, kambing terpaksa dikurung di dalam kandang dan makanan diberi secara berjadual (fidlot). Hanya apabila cuaca panas dan kering sahaja kambing boleh dibiarkan merayau dan makan bebas di padang ragut. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan penyakit seerti kecacingan dan kurap.

Boer betina pula adalah tidak lasak dan mudah alah kepada perubahan iklim dan persekitaran. Pengalaman menunjukkan bahawa kadar kematian adalah tinggi bagi Boer betina yang diimport dari Australia untuk diternak di Malaysia. Kematian selalunya adalah disebabkan oleh merebaknya penyakit pneumonia di dalam kandang, dan ini selalunya berlaku pada musim hujan. Risiko kematian selalunya sangat tinggi dalam tempoh 6 bulan ketibaan kambing Boer ini di Malaysia. Selepas tempoh itu, barulah Boer betina ini dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan persekitaran baru di negara kita.

Setengah-setengah penternak kehilangan sehingga kira-kira 50% dari bilangan Boer betina yang diimport akibat kematian.

Oleh itu, bagi penternak yang ingin menternak kambing Boer, adalah dinasihatkan membeli Boer betina yang sudah mengalami penyesuaian dengan iklim tempatan ('climatised') walau pun harga pasarannya agak tinggi berbanding Boer betina yang baru tiba. Pilihan lain adalah membeli anak kambing Boer kelahiran tempatan dan membesarkannya sehingga dewasa untuk dijadikan induk.

Untuk kos yang lebih rendah, penternak boleh juga menggunakan kambing kacukan tempatan atau yang diimport dari Indonesia untuk dikahwinkan dengan Pejantan Boer FB bagi menghasilkan anak boer kacukan F1. Walau bagaimana pun, kami tidak menggalakkan penternak membeli kambing kacukan dari Thailand/Myanmar kerana peratusan yang membawa penyakit berjangkit adalah sangat tinggi. Penyakit yang dimaksudkan adalah brucella (brucellosis), penyakit ini boleh merebak kepada ternakan anda yang lain yang berada di dalam kandang yang sama.

1 comment:

Anonymous said...

Info ini sangat berguna, sedikit sebanyak dapat mempengaruhi keputusan kami nanti untuk membeli induk Boer yg diimpot. TQ.