Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin
Showing posts with label induk. Show all posts
Showing posts with label induk. Show all posts

Oct 8, 2008

Pengurusan Induk Bunting

Penjagaan & Pemakanan Induk Bunting
Induk-induk yang telah telah dikenalpasti bunting seharusnya di masukkan ke dalam petak kandang berasingan dari yang belum bunting dan diselia dengan lebih rapi. Pemakanan hendaklah di tambah secara beransur-ansur. Misalnya, palet yang biasanya diberi dalam kadar 300g seekor sehari bagi induk yang belum bunting, ditambah secara beransur-ansur ke 400g dan seterusnya sehingga mencapai 500g seekor, bagi induk yang bunting.

Bagi induk yang sudah mencapai bunting peringkat akhir iaitu memasuki bulan ke-5, sebaik-baiknya hendaklah diasingkan ke dalam petak kecil supaya ia tinggal secara bersendirian dan bebas makan tanpa perlu berebut dengan yang lain.

Induk bunting peringkat akhir tidak seharusnya dipindah-pindah ke ladang lain yang mana persekitaran dan pemakanannya mungkin berbeza. Ini akan mengganggu emosi dan
menyebabkan ia mengalami gejala 'stress'. Seterusnya pemakanannya mungkin terganggu dan merencatkan pembesaran anak dalam kandungan. Dalam hal ini, anak mungkin akan lahir dalam keadaan lemah dan risiko kematian adalah tinggi.


Kenapa berlakunya Anak Lahir Pramatang (premature):

Terdapat beberapa sebab kenapa anak lahir pramatang, antaranya:

1)Kekurangan nutrition - bila induk dah sampai peringkat akhir bunting (late pregnancy) iaitu kira-kira bulan ke-5, saiz anak dalam kandungan semakin besar lalu menghimpit perut induk menyebabkan ruang perut utk menyimpan makanan semakin sempit. Induk pula memerlukan nutrition untuk dirinya serta untuk anaknya yang makin membesar. Bila induk tidak dapat menampung makanan yg secukupnya, maka kelahiran pramatang (premature) akan berlaku di mana anak biasanya kecil dan lemah.
2) Masalah parasit -Sekiranya induk yang berada di peringkat akhir bunting menanggung masalah bebanan parasit (seperti cacing, kutu, protozoa, dll) yang kritikal, ia menyebabkan si induk mengalami masalah kekurangan nutrition. Anak yang lahir akan lemah dan tidak dapat berdiri untuk menyusu seterusnya gagal mendapat kolostrum (susu awal) dari ibunya. Maka risiko kematiannya amat tinggi kerana kurang daya tahan melawan penyakit.

Pemakanan induk bunting perlu diberi perhatian. Sekiranya diberi suplimen sumber tenaga berlebihan, kemungkinan boleh berlaku overeating disorder (pregnancy toxemia) atau ketosis (terlebih gula). Juga boleh berlaku lebihan lemak menyebabkan induk lemah dan sukar melahirkan anak. Pemakanan harus seimbang. Rumput mestilah segar dan berkualiti manakala palet kambing (goat pellet) perlu diberi dalam kuantiti secukupnya (iaitu kira-kira 400 hingga 500 gram sehari).

Penjagaan bagi induk bunting adalah sangat penting. Induk bunting peringkat akhir seharusnya diasingkan di dalam petak kandang khas supaya ia tidak perlu berebut sewaktu makan. Juga supaya ia dapat diberi pengawasan dan pemerhatian khas.



Jun 29, 2008

BOER - Baik & Buruk Dalam Konteks Malaysia PENTING !!!

Kambing Boer merupakan kambing pedaging yang tebaik kerana rangkanya besar, manakala saiz tulangnya pula kecil dan mempunyai peratusan daging yang tinggi. Kambing Boer Baka Pejantan boleh mencapai berat melebihi 100kg bila mencapai umur 2 tahun, manakala Boer kacukan yang biasanya dibuat sembelihan boleh mencapai berat sekitar 40-50kg apabila mencapai umur 1 tahun. Peratusan daging (karkas) yang diperolehi biasanya sekitar 50-55% daripada berat hidup.

Kambing Boer samaada jantan atau betina, buat masa ini kebanyakannya adalah diimport dari Australia. Boer jantan selalunya agak lasak dan tahan terhadap perubahan iklim dan suasana persekitaran, yang nyata berbeza di antara Malaysia dan tempat asalnya Australia. Iklim di Malaysia adalah panas lembap di mana hujan turun dengan lebat pada masa-masa tertentu. Di Australia pula, iklimnya panas dan kering, dan kadar kelembapan udaranya rendah. Cara penternakan Boer di Australia adalah secara lepas bebas di mana kambing makan secara meragut rumput dengan bebas, dan jarang sekali berinteraksi degan manusia. Di Malaysia pula, kambing terpaksa dikurung di dalam kandang dan makanan diberi secara berjadual (fidlot). Hanya apabila cuaca panas dan kering sahaja kambing boleh dibiarkan merayau dan makan bebas di padang ragut. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan penyakit seerti kecacingan dan kurap.

Boer betina pula adalah tidak lasak dan mudah alah kepada perubahan iklim dan persekitaran. Pengalaman menunjukkan bahawa kadar kematian adalah tinggi bagi Boer betina yang diimport dari Australia untuk diternak di Malaysia. Kematian selalunya adalah disebabkan oleh merebaknya penyakit pneumonia di dalam kandang, dan ini selalunya berlaku pada musim hujan. Risiko kematian selalunya sangat tinggi dalam tempoh 6 bulan ketibaan kambing Boer ini di Malaysia. Selepas tempoh itu, barulah Boer betina ini dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan persekitaran baru di negara kita.

Setengah-setengah penternak kehilangan sehingga kira-kira 50% dari bilangan Boer betina yang diimport akibat kematian.

Oleh itu, bagi penternak yang ingin menternak kambing Boer, adalah dinasihatkan membeli Boer betina yang sudah mengalami penyesuaian dengan iklim tempatan ('climatised') walau pun harga pasarannya agak tinggi berbanding Boer betina yang baru tiba. Pilihan lain adalah membeli anak kambing Boer kelahiran tempatan dan membesarkannya sehingga dewasa untuk dijadikan induk.

Untuk kos yang lebih rendah, penternak boleh juga menggunakan kambing kacukan tempatan atau yang diimport dari Indonesia untuk dikahwinkan dengan Pejantan Boer FB bagi menghasilkan anak boer kacukan F1. Walau bagaimana pun, kami tidak menggalakkan penternak membeli kambing kacukan dari Thailand/Myanmar kerana peratusan yang membawa penyakit berjangkit adalah sangat tinggi. Penyakit yang dimaksudkan adalah brucella (brucellosis), penyakit ini boleh merebak kepada ternakan anda yang lain yang berada di dalam kandang yang sama.