Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Apr 27, 2009

BULETIN 27 APRIL - DI SEKITAR PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK (KAMBING) SIRI KE-4

Assalamu'alaikum wm wbkh kepada pengunjung semua........

Alhamdulillah Program Bimbingan Usahawan Ternak (Kambing) Siri Ke-4 telah diadakan selama 2 hari sebagaimana yang dirancang, iaitu bermula Sabtu 25 April sehingga semalam, Ahad 26 April. Seramai 5 orang perserta telah menghadiri program ini.


Pada hari pertama, peserta mengikuti Modul-1 iaitu Kursus Asas Penternakan Kambing. Modul ini memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu-ilmu asas berkaitan pemeliharaan kambing, iaitu termasuk kitaran 'biang' kambing betina, tempoh mengawan dan tempoh bunting serta tempoh pemulihan induk selepas melahirkan anak.

Juga dibincangkan secara mendalam adalah aspek kewangan projek penternakan kambing komersil, iaitu jumlah minima pelaburan yang diperlukan bagi pembinaan kandang, pembikinan infrastruktur ladang serta pembelian baka. Ini termasuklah perbincangan mengenai carta aliran tunai dan jangkamasa yang diperlukan bagi mendapatkan pulangan pelaburan.

Peserta juga diberi penerangan jelas mengenai rekabentuk dan 'layout' kandang yang praktikal dan sesuai supaya mereka dapat 'do it right at first time', iaitu tanpa perlu meminda semula 'layout' kandang pada masa depan.

Prospek pasaran dan pemasaran juga dibincangkan untuk memberi sedikit pendedahan kepada peserta tentang pasaran dan pemasaran kambing dalam untuk baka dan untuk keperluan daging .

Peserta yang menghadiri program ini. Dari kiri En. Mad Akhir, Hj. Amir, Azreen, Hisham dan Hafiz.


Pada hari ke-2, iaitu bagi Modul ke-2, peserta diberi penerangan mengenai aspek praktikal penternakan kambing . Di dalam modul ini, peserta diberi latihan asas bagi mendedahkan mereka kepada kehidupan seorang penternak.


Latihan menggunakan mesin chopper untuk memotong Napier


Salah seorang peserta program, Azreen, sedang memotong Napier menggunakan mesin chopper. Ada tokoh jadi usahawan ternak ni......cerah masa depan.


Latihan praktikal asas suntikan ke atas kambing - suntikan ke bawah kulit (subcutaneous route) dan ke dalam otot (intramascular). Hafiz sedang menyuntik seekor kambing sambil dibantu oleh pekerja Assakinah Agro Farm dan diperhatikan oleh peserta lain, Azreen.


Bergambar bersama peserta di akhir program.


Pihak kami merancang menganjurkan Program Siri ke-5 pada akhir bulan Mei nanti. Bagi sesiapa yang berminat menyertainya, sila emailkan butiran peribadi berikut kepada saya:

1) Nama dan No KP
2) No hp untuk dihubungi
3) Alamat
4) Tarikh yang sesuai untuk anda di bulan Mei.


Emailkan kepada saya di assakinahagrofarm@gmail.com

Apr 25, 2009

BULETIN 25 APRIL - PENGGAMBARAN DRAMA SWASTA DI LADANG ASSAKINAH

Pada 19hb April baru-baru ini, ladang AsSakinah Agro Farm telah dijadikan lokasi penggambaran drama swasta berjudul Diari, yang akan ditayangkan di tv2 tak lama lagi. Drama ini mengisahkan kehidupan seorang penternak dilakonkan oleh pelakon veteran Zulkifli Zain dan beberapa pelakon lain.


Krew penggambaran sedang menjalankan tugas


Pelakon veteran Zulkifli Zain sedang beraksi


Apr 23, 2009

BULETIN 23 APRIL : PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK SIRI KE-4...LAST CALL!!!

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat beberapa kekosongan bagi program di atas. Bagi yang berminat menyertainya, sila sms kepada saya butiran peribadi anda seperti berikut:

1. Nama peserta
2. No KP
3. No hp untuk dihubungi
4. Alamat
5. Modul yang ingin disertai


Keterangan mengenai program ini:

Modul 1 - Kursus Asas Penternakan Kambing
Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
(bermula dari 8.30 hingga 5.30 ptg)
Yuran : RM200


Modul 2-Latihan Praktikal Asas
Tarikh: 26 April 2009 (Ahad)
(bermula dari 8.30 sehingga 5.30 ptg)
Yuran : RM200


Yuran bagi Pakej Modul -1 + Modul-2 --> RM300

Nota kursus dan makan/minum disediakan oleh pihak kami.

Lokasi Program:
Ladang AsSakinah Agro Farm
Lot 2515, Jalan Hj. Mokhtar, Kg. Lubok Kelubi
Batu 19 1/2, Jalan Hulu Langat (jalan ke Pangsun/Sg. Chongkak)
Selangor D.E.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 019-2231507 (Suhaimi)

Apr 13, 2009

BULETIN 13 APRIL : PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK (KAMBING) SIRI KE-4

Assalamualaikum pengunjung semua...

Pihak kami merancang menganjurkan Program di atas pada tarikh berikut:


Modul 1 - Kursus Asas Penternakan Kambing
Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
(bermula dari 8.30 hingga 5.30 ptg)
Yuran : RM200


Modul 2-Latihan Praktikal Asas
Tarikh: 26 April 2009 (Ahad)
(bermula dari 8.30 sehingga 5.30 ptg)
Yuran : RM200


Yuran bagi Pakej Modul -1 + Modul-2 --> RM300


Lokasi Program:
Ladang AsSakinah Agro Farm
Lot 2515, Jalan Hj. Mokhtar, Kg. Lubok Kelubi
Batu 19 1/2, Jalan Hulu Langat (jalan ke Pangsun/Sg. Chongkak)
Selangor D.E.


Kepada sesiapa yang berminat menyertai Program ini, sila emailkan kepada saya butiran peribadi berikut untuk tempahan tempat:

1. Nama peserta
2. No KP
3. No hp untuk dihubungi
4. Alamat
5. Modul yang ingin disertai



Penyertaan maksima setiap sesi adalah 8 orang sahaja.
Untuk memastikan tempahan tempat, sila buat bayaran awal ke akaun bank berikut:

Public Bank 3992324032 (Suhaimi Md Amin).

Sila sms saya selepas bayaran dibuat. Keutamaan tempat diberi kepada yang telah membuat bayaran. SILA BAWA SLIP BAYARAN PADA HARI PROGRAM NANTI.


Kemaskini 21 April-
Setakat ini, masih terdapat beberapa kekosongan lagi bagi program ini. Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya segera melalui email. Bagi yang sudah mendaftar tetapi belum membuat bayaran, harap dapat membuat bayaran segera bagi mengesahkan penyertaan anda. Slip bayaran hendaklah dibawa semasa pendaftaran program nanti.

Apr 11, 2009

BULETIN 11 APRIL - KEMASKINI TERHADAP 'LAYOUT' BLOG JOM TERNAK KAMBING

Assalamu'alaikum pengunjung semua...


Wajah baru Blog 'Jom Ternak Kambing'

Pihak kami telah membuat kemaskini terhadap 'layout' blog ini di mana tajuk-tajuk utama bagi "Maklumat & Panduan Asas Penternakan Kambing" kini disusun di 'side bar'. Apabila diklik, tajuk-tajuk ini akan keluar sebagai 'pop-up' manakala mukasurat utama Blog Jom Ternak Kambing tetap berada di skrin anda. Ini bertujuan memudahkan pengunjung untuk melayari blog ini bagi mendapatkan maklumat serta menjadikannya lebih 'user friendly'.

Kami berharap anda semua mendapat menafaat dari usaha kami yang sedikit ini.

Sekian, terima kasih.



Kunjungan Pak Saleh Wibowo dari Indonesia

Hari ini kami di AsSakinah Agro Farm merasa berbesar hati kerana menerima kunjungan Pak Saleh Wibowo bersama isterinya dari Jakarta, Indonesia. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang kini mula menceburkan diri dengan penternakan domba garut di Jogjakarta.

Kedatangan beliau adalah tanpa dijadualkan, dan kami tidak pernah mengenali sebelum ini. Alhamdulillah dengan wujudnya blog ini beliau mendapat alamat kami dan mengunjungi kami di ladang demi mengenali dan mewujudkan jaringan dengan kami dan juga penternak di Malaysia.

Kami berharap pertemuan ini bukanlah yang pertama dan terakhir, bahkan suatu permulaan kepada kepada pertemuan-pertemuan akan datang, InsyaAllah.


Bergambar bersama Pak Saleh Wibowo dan isteri di akhir lawatannya.