Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Aug 4, 2008

Ubat-ubatan Asas Bagi Penjagaan Kambing

Senarai Ubat-ubatan Asas Yang Perlu

1. Antibiotik - Ubat selsema, murung dsb
Contoh: Teramycin LA

Antibiotik merupakan ubat asas bagi penyakit berkaitan selsema dan apabila kambing anda menunjukkan simptom dihinggapi penyakit seperti kurang cergas, kurang selera makan, murung dsb.

Antara jenis antibiotik yang popular adalah Terramycin/LA.

2. Iodin - Ubat luka

Iodin merupakan ubat luka, sesuai bagi bagi luka-luka biasa sahaja. Walau bagaimanapun, ia tidak efektif untuk luka-luka berulat. Disapu atau disembur terus pada bahagian anggota yang luka.

3. Prosanex - Ubat Untuk Luka Berulat

Prosanex merupakan ubat luka yang sangat efektif, terutama untuk mengubat luka berulat. Ia adalah semburan aerosol berwarna biru dan sangat mudah digunakan. Keluarkan dan bersihkan dahulu sebarang ulat yang ada di dalam luka ternakan anda. kemudian disembur terus ke tempat luka. Elakkan semburan dari terkena mata, hidung dan mulut ternakan.





4. Tetravet
- Ubat Puru

Tetravet merupakan semburan berwarna ungu, ubat yang efektif untuk merawat 'puru' yang menyerang mulut ternakan.


5. Cidectin (Pour-On) - Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap)

Ubat 3 serangkai jenis sapuan (pour-on) bagi merawat kecacingan, kutu dan kurap pada ternakan. Hanya perlu dilumurkan di atas kulit, iaitu disapu di celah-celah bulu ternakan. Tidak perlu suntikan, ia merupakan alternatif kepada ubat jenis suntikan.


6. SulphaDimidine - ubat coccidiosis (sejenis protozoa)

Ubat untuk coccidiosis, sejenis protozoa yang boleh menyebabkan ternakan kambing sering mengalami ceret beret dan akhirnya menjadi kurus kering. Sulphadimidine adalah ubat cecair oral iaitu diberi minum terus ke dalam mulut haiwan. Ubat ini perlu diberi secara berulang untuk tempoh 1 -2 minggu.


7. Scourban Plus - Ubat ceret beret

Ia adalah sejenis ubat dalam bentuk cecair 'emulsion' dan diberi secara oral.

4 comments:

Unknown said...

kenapa kambing yang dipelihara secara fidlot boleh terkena masalah kitosis? Boleh Encik beri panduan terhadap masalah tersebut?

As-Sakinah Agro Farm said...

Kitosis tu masalah terlebih protin ... dalam erti kata lain makanan tak seimbang... kurangkan soya, sumber2 protin atau pellet dan lebihkan rumput atau silaj.

(Terima kasih kpd En. Zikri yang telah menghantar email kpd saya mengenai jawapan kpd masaalah ketosis yang diutarakan oleh En. Suhaimi)

azi said...

saya ada memberi ubat kurap/cacing secara berkala tetapi kambing masih kena kurap.ada tak cara untuk menyembuhkan kurap yang agak teruk..saya ada seekor kambing yang semakin kurus kena kurap.kesian kat kambing tu..

As-Sakinah Agro Farm said...

Azi, klau kurap dah teruk sangat, mula-mula mandikan dengan mana-mana ubat/shampoo anti-kurap. Lepas tu suntikkan dengan 'ivermectin' (di bawah kulit/subcutaneous) atau sapukan 'cidectin' ke atas belakang kambing tu(sapu pada kulit, melalui celah-celah bulu). Selamat mencuba...