Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jul 1, 2008

PENTING !!! Kacukan Jamnapari - Koplo & Jawa Rando

Induk Koplo


Kambing Koplo dan Jawa Rando adalah baka dari Indonesia yang dihasilkan dari kacukan Pejantan Jamnapari dan induk tempatan Indonesia. Kambing ini mempunyai sebahagian ciri-ciri jamnapari iaitu berbadan agak kurus dan langsing, dan mempunyai rangka agak besar. Harga pasaran juga agak murah iaitu bermula dari RM550-RM750, bergantung kepada usia dan saiz.

Kambing jamnapari, koplo dan jawa rando selalunya tahan lasak dan sangat sesuai dengan cuaca dan keadaan tempatan di Malaysia memandangkan ia dibiakkan di Indonesia yang mempunyai cuaca yang sama dengan Malaysia. Bagaimanapun, bentuk badan yang kurus dan langsing menyebabkannya tidak sesuai untuk diternak sebagai kambing pedaging.

Oleh itu, penternak yang berpengalaman mengambil langkah mengahwinkan Pejantan Boer Fullblood (FB) dengan induk Koplo atau Jawa Rando untuk menghasilkan anak Boer Kacukan F1. Untuk tujuan ini, berat badan induk koplo/jawa rando hendaklah melebihi 25kg, barulah saiznya sesuai untuk dikahwinkan dengan Pejantan Boer FB. Biasanya induk Koplo atau Jawa Rando mencapai berat badan 25kg pada usia kira-kira 12 bulan. Beratnya boleh mencapai ke 35-40kg bila berusia 2 tahun.

Biasanya, anak hasil dari kacukan ini mempamerkan genetik pejantan Boer yang lebih dominan, di mana bentuk badan dan warna lebih mirip ke arah Boer, ia dipanggil Boer kacukan F1. Jika anak yang dihasilkan adalah betina, ia boleh dikahwinkan semula dengan pejantan Boer FB apabila dewasa nanti, untuk menghasilkan baka Boer kacukan F2, yang mana ciri-ciri Boernya lebih menonjol. Seterunya proses ini boleh diulang-ulang sehingga anak kacukan yang dihasilkan mencapai tahap Boer F5, yang dipanggil 'purebred', di mana ia menunjukkan ciri-ciri Boer yang hampir kepada Boer tulen iaitu 'fullblood'.



Induk Koplo dan anaknya hasil kacukan dengan Pejantan Boer FB.



Anak hasil kacukan Pejantan Boer FB dan Induk koplo. Lihat warna dan bentuk badannya yang sangat mirip ke arah Boer



Induk Jawa Rando (berwarna coklat) dan anak hasil kacukan dengan Pejantan Boer FB.

Ramai penternak yang telah mengambil langkah di atas dan berjaya menghasilkan baka kacukan Boer yang bermutu dan tahan lasak.

No comments: