Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Mar 31, 2009

BULETIN 31 MAC - GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK

Alhamdulillah, Program Bimbingan Usahawan Ternak Siri ke-3 telah berlangsung dengan lancar pada 28hb Mac (Modul-1) dan 29hb Mac (Modul-2) yang baru lalu di ladang kami di Hulu Langat, Selangor.

Program ini dihadiri oleh 7 orang peserta, seorang dari Terengganu, seorang dari Pulau Pinang, manakala selebihnya dari Lembah Klang. Seorang lagi peserta dari Lembah Klang yang dijadualkan bersama terpaksa menarik diri di saat-saat akhir kerana masaalah anaknya yang mengalami demam panas dan muntah-muntah. Kesemua 7 orang peserta ini telah hadir di kedua-dua hari dan telah mengikuti kedua-dua modul ini.


Para peserta bergambar bersama-sama di awal program


Hari pertama program telah diisi dengan penerangan teori untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai projek penternakan kambing. Penekanan diberi terhadap aspek komersil serta menjawab persoalan 'Adakah Penternakan Suatu Perniagaan?'. Sesi dialog/soaljawab juga nampaknya sungguh 'lively' kerana kesemua peserta menunjukkan minat dan komitmen yang mendalam terhadap program ini.

Di hari ke-2, peserta diberi penerangan mengenai aspek praktikal dalam memulakan projek penternakan kambing, termasuk pemilihan lokasi ladang yang sesuai, kedudukan kandang mengikut bentuk mukabumi ladang, saiz serta 'layout' kandang yang sesuai dibina. Peserta juga didedahkan kepada amalan-amalan yang perlu dibuat dan yang perlu dielakkan dalam menjalankan operasi ladang penternakan kambing. Ini diikuti dengan sesi penerangan terus di kandang mengenai baka-baka kambing yang ada di ladang AsSakinah Agro Farm, serta latihan praktikal asas.



Penyembelihan kambing akikah
Peserta berpeluang menyaksikan proses pemyembelihan kambing akikah di hari pertama program



Sesi Latihan Praktikal Ringkas
Peserta diajar cara-cara memotong rumput Napier menggunakan mesin 'chopper' serta diberi peluang membuat latihan praktikal ringkas



Sesi bergambar
Bergambar bersama peserta di akhir program - dari kiri: Saya, Rahila, Faridah dan suami Sahidon, Azmi, Dino, Azman (oghang Utagha/Penang) dan Rofizi (oghang Gganu).



Kami di Assakinah Agro Farm sangat berbesar hati di atas kehadiran para peserta Program Bimbingan Usahawan Ternak Siri ke-3 ini dan ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terimakasih kepada semua peserta yang hadir. Komitmen dan minat yang ditunjukkan memberikan semangat kepada kami untuk terus menawarkan program ini kepada peserta-peserta yang lain pada masa akan datang.

Bagi mereka yang berminat menyertai Program Siri ke-4 yang dijangka diadakan pada bulan April ini, sila hubungi saya melalui email dan nyatakan tarikh yang sesuai bagi anda. Kami akan menetapkan tarikh program setelah mendapat maklumbalas dari bakal peserta nanti.

Mar 27, 2009

BULETIN 27 MAC - LAST CALL !!!

Assalamualaikum pengunjung semua...

Sebagaimana yang telah diwarwarkan sebelum ini, InsyaAllah Program Bimbingan Usahawan Ternak (Kambing) akan diadakan pada tarikh berikut:

Modul 1 - Kursus Asas Penternakan Kambing :

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
(bermula dari 8.30 hingga 6.00 ptg)
Yuran : RM200

Modul 2-Latihan Praktikal Asas :

Tarikh: 29 Mac 2009 (Ahad)
(bermula dari 8.30 sehingga 6 ptg)
Yuran : RM200


Pakej Modul-1 + Modul-2 --> Yuran RM300


Lokasi Program:
Ladang AsSakinah Agro Farm
Lot 2515, Jalan Hj. Mokhtar, Kg. Lubok Kelubi
Batu 19 1/2, Jalan Hulu Langat (jalan ke Pangsun/Sg. Chongkak)
Selangor D.E.



Bayaran boleh dibuat melalui akaun bank berikut:
Public Bank 3992324032 (Suhaimi Md Amin).

Sila sms saya selepas bayaran dibuat.


NOTA:
Sehingga tarikh ini 27 Mac 7 pagi, masih terdapat beberapa kekosongan lagi, dan kami masih mengalu-alukan penyertaan anda.

Mar 26, 2009

BULETIN 26 MAC - BAYARAN UNTUK PROGRAM

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Bagi peserta yang telah mendaftar untuk menyertai Program Bimbingan Usahawan Ternak Modul-1 dan Modul-2 yang akan diadakan pada 28 dan 29 Mac ini, diminta membuat bayaran ke dalam akaun berikut bagi mengesahkan 'tempat' anda :

Public Bank Berhad
3992324032 (Suhaimi Md Amin)

Sila hubungi/sms saya setelah bayaran dibuat. Slip bayaran hendaklah dibawa bersama semasa pendaftaran program nanti.


Sekian. Assalamualaikum ...


Nota:
Sehingga tarikh ini, 26 Mac jam 7 pagi, masih terdapat beberapa kekosongan lagi bagi program ini. Sila hubungi saya melalui sms/email untuk pendaftaran.



Mar 19, 2009

BULETIN 19 MAC 2008

Assalamualaikum pengunjung semua...

Tarikh bagi Program Bimbingan Usahawan Ternak (Kambing) telah kami tetapkan seperti berikut:

Modul 1 - Kursus Asas Penternakan Kambing :

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
(bermula dari 8.30 hingga 6.00 ptg)
Yuran : RM200

Modul 2-Latihan Praktikal Asas :

Tarikh: 29 Mac 2009 (Ahad)
(bermula dari 8.30 sehingga 6 ptg)
Yuran : RM200


Pakej Modul-1 + Modul-2 --> Yuran RM300


Sehingga kini, masih terdapat beberapa kekosongan lagi, dan kami masih mengalu-alukan penyertaan anda.

Kepada sesiapa yang berminat menyertai Program ini, sila emailkan kepada saya butiran peribadi berikut:

1. Nama peserta
2. No KP
3. No hp untuk dihubungi
4. Alamat


Bayaran boleh dibuat melalui akaun bank berikut bermula hari ini:
Public Bank 3992324032 (Suhaimi Md Amin).

Sila sms saya selepas bayaran dibuat.

Mar 8, 2009

BULETIN 8 MAC 2009 - PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK MAC 2009

Assalamualaikum pengunjung semua...

Kami merancang untuk mengadakan Program Bimbingan Usahawan Ternak Modul -1 dan Modul-2 di dalam bulan Mac ini, tertakluk kepada sambutan yang diterima. Tarikh yang dirancang adalah seperti berkut:


Modul 1 - Kursus Asas Penternakan Kambing :

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
(bermula dari 8.30 hingga 6.00 ptg)


Modul 2-Latihan Praktikal Asas :

Tarikh: 29 Mac 2009 (Ahad)


Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi kami melalui email atau talipon.