Assalamualaikum wm wbkh pengunjung semua...
Setelah kesibukan sejak akhir-akhir ini dengan projek ikan kelisa saya, ditambah pula dengan keadaan kesihatan saya yang kurang baik, sudah kira-kira 2 minggu saya tidak menjengok ladang kambing saya. Semalam, 13 Febuari 2010, saya ditemani isteri dan anak sulung saya menjengok ladang kami. Alhamdulillah... semuanya dalam keadaan baik dan terurus rapi.
Dalam tempoh 2 minggu ketidakhadiran saya di ladang, kami dikurniakan dengan 8 ekor lagi anak-anak kambing yang baru lahir...Alhamdulillah.... memang sejak Disember lalu, kami tidak putus-putus mendapat cahaya mata baru.
Tenang dan girang rasanya melihat keadaan ladang yang terurus rapi walaupun saya tidak berkesempatan membuat penyeliaan. Demikian juga komen isteri dan anak saya yang turut bersama. Kambing-kambing dan anak-anak pun semuanya nampak sihat-sihat sahaja...Alhamdulillah...