Pada 12 Januari 2011 yang lalu, saya telah menghantar posting mengenai 26 ekor induk kambing saya yang kurus, di mana 5 ekor darinya adalah kurus kronik, sebagaimana gambar di bawah.
Sekumpulan induk kambing kampung kacukan yang kurus kronik, kini dijadikan bahan eksperimen |
Induk hitam ini adalah yang kurus 'extreme' kronik |
Alhamdulillah, selepas 2 bulan diberi rawatan ubat cacing serta diberi makan dengan diet yang sesuai, kesemua induk-induk yang kurus ini telah pulih sepenuhnya. Bahkan 5 ekor induk yang kurus kronik juga berjaya dipulihkan dan kini sudah kembali normal. Beberapa ekor dari kumpulan induk ini sudah mula bunting.
Di bawah adalah gambar-gambar terbaru kumpulan induk di atas yang sudah pulih. Gambar-gambar ini diambil pertengahan Mac lalu.
Alhamdulillah... dengan izin Allah, kesemuanya kini kelihatan sihat.