Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

May 27, 2009

BULETIN 27 MEI - PRODUK MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT) BAGI TERNAKAN KAMBING

Vitamin & Suplimen Bagi Kambing


BOSLIC - Blok Jilatan Mengandungi Mineral + Vitamin AD3E

Kebaikan:
1. Di samping mengandungi mineral, blok ini juga mengandubgi vitamin A,D3 dan E yang amat penting bagi ternakan kambing.
2. Mengelakkan kekurangan mineral dan vitamin pada ternakan, terutamanya induk bunting dan selepas melahirkan anak.
3. Pejal dan padat, tidak mudah pecah dan tahan lama.

Berat : 2kg seketul

Harga:
- harga borong: satu kotak: RM120 (12 ketul)
- harga runcit: RM15 seketul



Blok Molas (Gula Merah) - sebagai sumber tenaga tambahan


(Nota: agak lembut dan mudah cair)

Harga:
- harga borong: RM90 sekotak (mengandungi 6 ketul blok)
- harga runcit: RM20 seketul (4kg)


Berminat hubungi 019-2231507 (Suhaimi)

May 20, 2009

BULETIN 20 MEI - BEDAHSIASAT KAMBING DISYAKI DISERANG PNEUMONIA

Seekor kambing induk di kandang kami dikesan mengalami simptom pneumonia, iaitu mengalami kekejangan otot termasuk pada keempat-empat kakinya, menyebabkan ia tidak dapat berdiri. Kambing ini juga tidak makan dengan sempurna sejak 24 jam yang lepas. Pemeriksaan luaran menunjukkan teteknya mengeras.

Kami mengambil keputusan menyembelih kambing ini dan melakukan bedan siasat. Hasilnya adalah seperti berikut:


Organ paru-paru ini nampaknya sudah rosak, ia didapati bengkak dan terdapat ketulan-ketulan keras.

Limpa kambing ini juga nampaknya rosak teruk, ketara kelihatan membengkak dengan ketul-ketulan keras.

Tetek kambing induk ini (iaitu objek paling atas berbentuk bulat) juga teruk diserang bakteria di mana ia membengkak, juga terdapat ketulan-ketulan keras pada tetek.


Pneumonia adalah penyakit radang paru-paru. Ia selalunya disebabkan oleh bakteria pasteurella yang menjangkiti kambing akibat pengurusan kandang yang kurang sempurna. Selalunya bakteria ini merebak melalui air minuman. Pasteurella merupakan bakteria yang terdapat di atas tanah (ground based). Di waktu musim hujan atau tengkujuh, pasteurella boleh memasuki sumber air minuman melalui aliran air hujan di atas permukaan tanah yang memasuki sumber air minuman seperti perigi, dan seterusnya dipindahkan ke perut ternakan kambing.


Bagaimana mengelakkan 'pasteurellosis'
Pasteurellosis dapat dielakkan dengan cara pencegahan iaitu dengan memberi pelalian (pemvaksinan). Di antara vaksin yang dicadangkan adalah Heptavac-P Plus.



Pelalian hendaklah dilakukan sewaktu ternakan berada di dalam keadaan sihat dan cergas. Elakkan memberi pelalian sewaktu musim hujan atau tengkujuh, kerana kambing terdedah (vulnerable) kepada risiko terkena jangkitan bakteria sewaktu keadaan lembab dan basah.

May 19, 2009

BULETIN 19 MEI - MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KOPERASI PENTERNAK KAMBING HULU LANGAT BERHAD - Gambar-gambar di Sekitar Mesyuarat

Alhamdulillah Koperasi Penternak Kambing Hulu Langat Berhad telah ditubuhkan dengan rasminya dengan berlangsungya Mesyuarat Agung yang pertama pagi tadi di Dewan OrangRamai, Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Mesyuarat yang dihadiri oleh hampir 100 orang penternak dari Daerah Hulu Langat ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr. Che Rosli Che Yaakob.


Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rosli Che Yaakob sedang memberi ucapan perasmian mesyuarat

Antara yang hadir termasuk wanita

Wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sedang memberikan penerangan mengenai penubuhan koperasi

Kehadiran meliputi pelbagai kaum


Bendahari Koperasi yang dilantik Hj.Mohiju sedang tekun mendengar ucapan perasmian dari YB, begitu juga saya yang duduk bersebelahan.

Pengerusi Koperasi yang dilantik En. Izan Johan dan Setiausaha En. Basharudin sedang tekun mendengar ucapan salah seorang anggota koperasi semasa sesi penerangan dan soaljawab



Bagi penternak yang berminat menjadi anggota Koperasi, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.


May 6, 2009

BULETIN 6 MEI - PENUBUHAN KOPERASI PENTERNAK KAMBING HULU LANGAT BHD

Assalamu'alaikum pengunjung semua....
untuk makluman, kami para penternak kambing di Daerah Hulu Langat telah menubuhkan jawatankuasa penaja KOPERASI PENTERNAK KAMBING HULU LANGAT BERHAD. Dengan ini kami menjemput semua penternak kambing, tanpa mengira bangsa, yang beroperasi di daerah Hulu Langat (termasuk Kajang dan Semenyih) untuk menyertai koperasi ini.

Keahlian juga terbuka kepada kesemua penternak haiwan ternakan lain seperti lembu, ayam itik, ikan, dsb. Penternak yang beroperasi di luar daerah Hulu Langat juga dijemput untuk memohon menyertai koperasi ini sebagai ahli biasa.

Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi akan diadakan pada terikh dan tempat berikut:

1. Tarikh: 19 Mei 2009 (Hari Selasa)
2. Masa: 9.30 pagi
3. Tempat : Dewan Orang Ramai, Sri Nanding, Hulu Langat

Sila hubungi kami di talian berikut untuk keterangan lanjut dan untuk mendapatkan borang keahlian:

Hp: 019-2231507 (Suhaimi)

May 3, 2009

BULETIN 3 MEI - SISTEM PAIP MINUMAN DI ASSAKINAH AGRO FARM

Salam pengunjung semua...

kami di ladang Assakinah kini sedang dalam proses memperkemas susunan petak-petak kandang. Selain itu kami juga dalam proses memasang sistem paip minuman menggunakan 'nipple'. Ini merupakan antara langkah-langkah yang sedang kami ambil bagi memperbaiki sistem pengurusan kandang kami, iaitu dengan menaiktaraf kebersihan kandang, kebersihan pengurusan pemakanan dan minuman.




Sistem paip minuman menggunakan 'nipple' dapat memperbaiki kualiti dan kebersihan air minuman untuk ternakan. Juga dapat mengurangkan tenaga buruh.




'Nipple' - Harga RM15 seunit


'Nipple' - Harga satu pek - RM80


Bagi penternak yang berminat mendapatkan bekalan 'nipple' ini, sila hubungi kami di talian 019-2231507.