Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

May 20, 2009

BULETIN 20 MEI - BEDAHSIASAT KAMBING DISYAKI DISERANG PNEUMONIA

Seekor kambing induk di kandang kami dikesan mengalami simptom pneumonia, iaitu mengalami kekejangan otot termasuk pada keempat-empat kakinya, menyebabkan ia tidak dapat berdiri. Kambing ini juga tidak makan dengan sempurna sejak 24 jam yang lepas. Pemeriksaan luaran menunjukkan teteknya mengeras.

Kami mengambil keputusan menyembelih kambing ini dan melakukan bedan siasat. Hasilnya adalah seperti berikut:


Organ paru-paru ini nampaknya sudah rosak, ia didapati bengkak dan terdapat ketulan-ketulan keras.

Limpa kambing ini juga nampaknya rosak teruk, ketara kelihatan membengkak dengan ketul-ketulan keras.

Tetek kambing induk ini (iaitu objek paling atas berbentuk bulat) juga teruk diserang bakteria di mana ia membengkak, juga terdapat ketulan-ketulan keras pada tetek.


Pneumonia adalah penyakit radang paru-paru. Ia selalunya disebabkan oleh bakteria pasteurella yang menjangkiti kambing akibat pengurusan kandang yang kurang sempurna. Selalunya bakteria ini merebak melalui air minuman. Pasteurella merupakan bakteria yang terdapat di atas tanah (ground based). Di waktu musim hujan atau tengkujuh, pasteurella boleh memasuki sumber air minuman melalui aliran air hujan di atas permukaan tanah yang memasuki sumber air minuman seperti perigi, dan seterusnya dipindahkan ke perut ternakan kambing.


Bagaimana mengelakkan 'pasteurellosis'
Pasteurellosis dapat dielakkan dengan cara pencegahan iaitu dengan memberi pelalian (pemvaksinan). Di antara vaksin yang dicadangkan adalah Heptavac-P Plus.



Pelalian hendaklah dilakukan sewaktu ternakan berada di dalam keadaan sihat dan cergas. Elakkan memberi pelalian sewaktu musim hujan atau tengkujuh, kerana kambing terdedah (vulnerable) kepada risiko terkena jangkitan bakteria sewaktu keadaan lembab dan basah.

No comments: