Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jul 29, 2009

BULETIN 29 JULAI - Program Bimbingan Usahawan Ternak Kambing Akan Datang

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua...
Kami ada menerima pertanyaan mengenai jadual Program Bimbingan Usahawan Ternak Kambing yang akan datang. Kami ingin memaklumkan bahawa, memandangkan jadual kami agak sibuk dengan beberapa aktiviti, serta bulan Ramadhan yang bakal menjelang, program akan datang hanya dijadualkan selepas musim perayaan nanti, kemungkinan pada bulan Oktober.

Kami amat menghargai minat yang ditunjukkan oleh bakal perserta untuk menyertai program ini pada masa akan datang. Anda dinasihatkan untuk selalu melawati blog kami ini untuk mendapat info terkini.

Sekian, terima kasih.

Jul 20, 2009

BULETIN 20 JULAI - FERAL : Risiko kematian dan puncanya

Salam pengunjung semua...

umum mengetahui bahawa kambing feral jantan sangat popular untuk dijadikan sembelihan bagi tujuan akikah. Setiap bulan, ratusan dan kekadang ribuan ekor kambing feral diimport dari Australia dan dijual kepada para penternak di negara kita. Harga borong yang ditawarkan pengimport sangat menarik iaitu di antara RM400-RM450 (harga ex-KLIA). Dengan berat badan di antara 30-50kg, feral jantan menawarkan kandungan daging yang banyak dengan harga yang sangat berpatutan dan ia sangat sesuai untuk dijadikan kambing akikah.

Walau bagaimana pun, penternak dihantui oleh risiko kematian yang tinggi. Kadar kematian dalam tempoh sebulan pertama ketibaan kambing feral ini boleh melebihi 10 peratus. Antara gejala penyakit yang sering dialami adalah ceret beret, kurang makan, murung dan seterusnya kematian. Ada juga kambing feral yang mengalami kematian mengejut, walaupun beberapa jam sebelumnya ia kelihatan sihat dan makan dengan normal.


Kami cuba menyelidik tentang punca kematian mengejut kambing feral ini, dan mendapati bahawa sebahagian dari kambing feral ini mati akibat kecederaan dalaman. Ini kerana kambing feral merupakan kambing liar yang hidup secara bebas di negara asal mereka, iaitu Australia. Mereka diburu, ditangkap dan diangkut ke 'paddock' di ladang pengeksport, kemudiannya dimasukkan ke dalam 'crate' lalu diangkut dengan trak ke lapangan terbang, seterusnya diterbangkan ke negara kita Malaysia.

Dalam tempoh di atas, kambing-kambing ini bertindak ganas, bergaduh dan menanduk satu sama lain, menyebabkan sebahagian mereka mengalami luka pada organ dalaman. Ada yang mengalami kerosakan pada organ dalaman seperti paru-paru, limpa, hati dsb, walaupun luarannya kelihatan sihat. Pendek kata, kambing feral yang tercedera ini hanya menunggu ajal.

Berikut adalah gambar-gambar hasil bedah siasat yang kami lakukan pada seekor kambing feral jantan yang mengalami kematian mengejut. Kambing ini mati kira-kira 1 jam selepas kelihatan makan tengah hari dengan normal.


Jelas sekali warna organ-organ sudah bertukar kebiruan serta terdapat kesan-kesan luka dan kecederaan. Di samping akibat serangan 'pasteurellosis', ini mungkin juga disebabkan oleh kesan 'pergaduhan sesama kaum' kambing feral.

Ini pula paru-paru yang dikeluarkan dari seekor kambing feral yang sihat, yang baru disembelih. Walaupun kelihatan sihat, kelihatan tompok-tompok darah membeku pada paru-paru ini akibat serangan pasteurellosis. Walau bagaimanapun di tahap ini, kambing feral ini masih berpeluang untuk kembali pulih.

Jul 13, 2009

BULETIN 13 JUL - Gambar-gambar Di Sekitar Program Bimbingan Usahawan Ternak Kambing Siri Ke-5

Salam pengunjung semua...
Alhamdulillah Program Bimbingan Usahawan Ternak (Kursus Ternak Kambing) Siri Ke-5 yang dianjurkan oleh pihak Assakinah Agro Farm telah berjalan lancar bermula pada 11 hingga 12 Julai yang baru lalu. Program ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta.

Secara kebetulan, pada awal pagi Sabtu 11 Julai, pihak kami menjalankan upacara sembelihan 2 ekor kambing untuk tujuan akikah bagi seorang bayi lelaki bernama Nur Irfan Bin Ahmad Faisyal Akhbar. Memandangkan bapanya sedang berada di luar negara dan tidak dapat hadir semasa upacara penyembelihan ini, maka saya paparkan gambar-gambar semasa peyembelihan untuk tatapan beliau sekeluarga.

Penyembelihan kambing akikah untuk adik Nur Irfan Bin Ahmad Faisal Akbar


Peserta yang tiba awal berkesempatan menyaksikan bagaimana kaedah penyembelihan kambing dilakukan.

Bergambar bersama peserta sebelum program bermula.


Salah seorang pekerja kami menunjukkan cara-cara menggunakan mesin 'chopper'.


Sesi perbincangan akhir dan penutup di hari ke-2.