Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Dec 30, 2009

BULETIN 29 DISEMBER : 40 Ribu Ekor Kambing Bunting Terbunuh di Belanda

Sumber: CRI online
http://malay.cri.cn/601/2009/12/22/27s106977.htm


Belanda telah menyembelih lebih 40 ribu ekor kambing bunting bagi mengelakkan wabak penyakit Query Fever.

Semua kambing bunting di ladang ternakan yang disahkan sebagai punca wabak penyakit Query Fever dimusnahkan bagi mengelakkan wabak itu merebak ketika kambing bunting melahirkan anak atau berlaku keguguran kandungan.

Penyakit Query Fever juga kenali sebagai "selesema kambing". Manusia juga boleh dijangkiti penyakit itu daripada binatang. Wabak penyakit itu merebak di selatan Belanda sejak tahun 2007. Menurut sumber rasmi negara itu, seramai 2300 warga Belanda telah dijangkiti penyakit itu manakala enam orang terkorban sehingga Disember ini.

Dec 29, 2009

Diari 28 Disember... Induk Mati Lagi.... Kerana Kami Cuai...

Semalam...seekor induk Boer kami yang berusia kira-kira 6 tahun...mati. Induk ini melahirkan anak kembar kira-kira 1 bulan lalu. Kira-kira 1 minggu selepas melahirkan anak... induk ini diserang ceretberet, menyebabkan 'bontot'nya mengalami luka. Scourban Plus diberikan...dan induk ini pulih dari ceretberet dalam tempoh kira-kira 2 hari. Luka pada bontot dirawat dengan semburan Prusanex.

Malangnya tanpa disedari...dalam keadaan 'bontot'nya yang masih belum pulih sepenuhnya dari luka...induk ini diserang lalat. Rawatan Prusanex terus diberikan selama seminggu berikutnya ...dan ulat-ulat dikeluarkan dari bontotnya. selepas itu...kelihatan ia mulai pulih.

Tanpa disedari...lalat yang tak pernah mengenal penat, lelah dan jemu...terus menerus menyerang dan menelurkan ulat pada kawasan bontot induk ini. Kebetulan semburan Prusanex kami sudah kehabisan stok manakala pekerja pula gagal memaklumkan kepada kami, maka lalat bermaharajalela. Dua hari kemudian...kami meyedari keadaannya bertambah parah...rawatan semburan Prusanex diteruskan, dan ulat-ulat dikeluarkan.

Kelihatan induk sibuk menghabiskan masa menghalau lalat...dan kerap duduk....kurang berdiri..dan badannya mulai susut.  Anak-anaknya kurang mendapat susu kerana induk kurang berdiri, juga kerana pengeluaran susunya terjejas akibat induk ini kurang makan kerana serangan lalat. Anak dibantu dengan susu gantian, tapi nampaknya semakin lemah. Anak mati ketika berusia kira-kira 3 minggu, yang seekor lagi menyusul 1 hari kemudian.

Sementara itu, induk ini diberi jagaan rapi....hari-hari dilepaskan untuk meragut di kawasan ragut kami. Malangnya... keadaannya semakin lemah dan akhirnya...mati.

Inna lillahi wainna ilahi rajiun...