Semalam...seekor induk Boer kami yang berusia kira-kira 6 tahun...mati. Induk ini melahirkan anak kembar kira-kira 1 bulan lalu. Kira-kira 1 minggu selepas melahirkan anak... induk ini diserang ceretberet, menyebabkan 'bontot'nya mengalami luka. Scourban Plus diberikan...dan induk ini pulih dari ceretberet dalam tempoh kira-kira 2 hari. Luka pada bontot dirawat dengan semburan Prusanex.
Malangnya tanpa disedari...dalam keadaan 'bontot'nya yang masih belum pulih sepenuhnya dari luka...induk ini diserang lalat. Rawatan Prusanex terus diberikan selama seminggu berikutnya ...dan ulat-ulat dikeluarkan dari bontotnya. selepas itu...kelihatan ia mulai pulih.
Tanpa disedari...lalat yang tak pernah mengenal penat, lelah dan jemu...terus menerus menyerang dan menelurkan ulat pada kawasan bontot induk ini. Kebetulan semburan Prusanex kami sudah kehabisan stok manakala pekerja pula gagal memaklumkan kepada kami, maka lalat bermaharajalela. Dua hari kemudian...kami meyedari keadaannya bertambah parah...rawatan semburan Prusanex diteruskan, dan ulat-ulat dikeluarkan.
Kelihatan induk sibuk menghabiskan masa menghalau lalat...dan kerap duduk....kurang berdiri..dan badannya mulai susut. Anak-anaknya kurang mendapat susu kerana induk kurang berdiri, juga kerana pengeluaran susunya terjejas akibat induk ini kurang makan kerana serangan lalat. Anak dibantu dengan susu gantian, tapi nampaknya semakin lemah. Anak mati ketika berusia kira-kira 3 minggu, yang seekor lagi menyusul 1 hari kemudian.
Sementara itu, induk ini diberi jagaan rapi....hari-hari dilepaskan untuk meragut di kawasan ragut kami. Malangnya... keadaannya semakin lemah dan akhirnya...mati.
Inna lillahi wainna ilahi rajiun...
No comments:
Post a Comment