Assalamualaikum wm wkh!
Petang tadi, saya dan isteri berkesempatan melawat ladang kami lagi sekali. Akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan urusan bisnes arowana dan hanya berkesempatan melawat ladang sekali dalam seminggu.
Agak terkejut bila melihat salah seekor pejantan Boer yang masih muda kelihatan murung. Menurut pekerja saya, kambing ini terkena serangan ulat di bahagian kepala, akibat luka kesan dari pergaduhan sesama kaum dengan rakan sepetaknya. Beliau telah pun memberikan rawatan semburan Prosanex ke atas luka tersebut.
Setelah memeriksa dengan teliti, saya mendapati kambing tersebut juga terkena serangan kurap. Terdapat kesan-kesan bulu tanggal dari kulit di beberapa bahagian badannya. Tanpa membuang masa, saya terus mengambil Cidectin, iaitu cecair sapuan 3 serangkai untuk merawat kutu, kurap dan cacing. Di samping merawat kambing tersebut, saya juga merawat seekor lagi pejantan muda yang berada di dalam petak yang sama, kerana kurap ini berkemungkinan akan merebak ke kambing lain yang berada di dalam petak yang sama.
Dalam masa yang sama, saya juga memeriksa seekor induk koplo yang telah saya rawat dari serangan kurap dengan sapuan Cidectin 2 minggu yang lalu. Kelihatan terdapat perkembangan positif pada induk ini walaupun masih belum pulih sepenuhnya. Saya akan terus memantau perkembangannya dalam lawatan saya yang akan datang.
1 comment:
seronok mendengar kemajuan ternakan saudara.. saya dan beberapa adik beradik yang lain baru saja memulakan projek kami awal tahun ini.. harap2nya boleh maju seperti projek saudara.. nak tanya sikit berapa banyak kambing masa saudara start perniagaan ni.. terima kasih..
Post a Comment