Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Feb 28, 2011

Jangkaan (Forecast) Untung Rugi Operasi Projek Penternakan Kambing Tahun 2011

Assalamualaikum wm wbkh...

Berdasarkan perjalanan operasi ladang kambing saya di hulu langat sekarang ini, saya membuat anggaran ringkas bagi jangkaan (forecast) untung rugi tahunan. Ia merupakan sasaran minima yang saya harap akan dapat dicapai untuk tahun operasi 2011 ini, iaitu bagi jualan yang akan dibuat pada awal tahun 2012 akan datang.

Anggaran saya adalah seperti berikut :

Kos operasi ladang (bulanan):
1. Gaji pekerja(2 org) = RM800 x 2 = RM1,600
2. Palet (konsentrat) = 50 kg x 30 hari = RM30 x 30 = RM900
3. Hampas soya = 200kg x 30 = RM40 x 30 = RM1,200
4. Lain-lain bahan (jagung, gandum, bijan, mineral, garam, dsb) = RM200
5. Jerami = 350kg  (1 gulong) x 4 gulong sebulan = RM100 x 4 = RM400
6. Sewa tanah (2 ekar) = RM200
7. Elektrik = RM100
8. Petrol = RM100
9. Ubat cacing = RM100
10. Lain-lain ubat = RM100
11. Penyelenggaraan kandang dan ladang=RM100

Jumlah kos operasi bulanan = RM5,000
Kos operasi tahunan = RM60,000


1. Bilangan induk matang yang sihat = 100 ekor
    Nota: Bilangan kambing lain-lain (pejantan, induk muda,        kambing untuk "trading", dll) = 50 ekor
2. Jangkaan produktiviti tahunan = 150%
3. Bilangan anak lahir dan 'survive' setahun = 150 ekor
4. Sasaran berat purata anak kambing setelah berusia 1 tahun = 40kg
5. Sasaran harga jualan anak kambing berusia 1 tahun = RM20 sekg x 40 kg = RM800
    (Nota: Harga pasaran minima di KL bagi kambing hidup
     = RM20 sekilogram)
6. Sasaran jualan tahunan = RM800 seekor x 150 ekor setahun
     = RM120,000
7. Sasaran keuntungan kasar tahunan = RM60,000
8. Sasaran keuntungan kasar bulanan = RM5,000

Untuk tahun 2011 ini, saya berhasrat untuk sekurang-kurangnya mencapai sasaran di atas, InsyaAllah. Sekiranya sasaran di atas dapat dicapai, saya berharap dapat menggandakan keuntungan dalam tahun-tahun berikutnya dengan cara menambah bilangan induk.

Untuk mencapai sasaran berat purata 40kg sewaktu berusia setahun, berat anak kambing sewaktu lahir haruslah mencapai 3kg manakala kenaikan berat bulanan pula mestilah mencapai purata 3.1kg sebulan. Berdasarkan perkembangan mutakhir ini, saya menjangkakan sasaran ini mampu dicapai, InsyaAllah

Semoga Allah mempermudahkan urusan ini bagi saya... aamiin...........





Feb 26, 2011

26 Feb 2011 - Bilangan Terkini Musim Kelahiran 'Awal 2011' Berjumlah 12 Ekor

Assalamualaikum wm wbkh!
Pada 24hb Feb lepas kami di AsSakinah Agro Farm mendapat seekor lagi cahaya mata seberat 2.5kg. Ia agak kecil berbanding yang lahir sebelum ini, tetapi Alhamdulillah keadaannya sihat dan boleh berdiri dalam tempoh 1 jam selepas dilahirkan, dan nampaknya boleh menghisap susu induknya dengan sendiri.

Pagi tadi pula kami menerima kehadiran 3 ekor lagi cahaya mata baru. Salah seekor seberat 3.5kg, manakala 2 ekor lagi masing-masing seberat 3.0kg dan 2.5kg setiap seekor. Alhamdulillah kesemuanya dalam keadaan sihat wa'afiat.

Kedua-dua anak yang lahir dengan berat 2.5kg adalah dari induk Boer muda (pertama kali melahirkan anak) yang berasal dari Australia dan tiba ke ladang kami pada Disember 2009, iaitu lebih setahun lalu. Adakah induk Boer import ini masih belum pulih sepenuhnya dari 'stress' sehingga anak yang dilahirkan mempunyai berat badan yang kurang berbanding dengan anak-anak dari induk yang telah berada lebih lama di ladang kami dan telah pun 'climatised'? Untuk makluman, induk-induk yang lain telah berada di ladang kami melebihi 3 tahun.

Saya juga menyimpulkan bahawa  dengan diet pemakanan yang sempurna, induk koplo yang sudah 'climatised' mampu menghasilkan anak yang bersaiz besar iaitu dengan berat mencapai 3.8kg, apabila dikahwinkan dengan pejantan Boer Fullblood.  Jadi tidak perlu membazirkan wang membeli induk Boer yang harganya jauh lebih tinggi. Untuk makluman, kambing koplo adalah hasil kacukan jamnapari dan kampung, berasal dari Indonesia.

Berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun memelihara kambing yang berasal dari negara luar, saya dapati proses penyesuaian ('climatisation') kambing import dengan persekitaran dan cuaca tempatan memerlukan masa yang sangat lama, sehingga memakan masa beberapa tahun. Bagi penternak yang ingin menambah populasi kandang, atau baru nak memulakan projek penternakan kambing, adalah lebih baik mendapatkan kambing kelahiran tempatan atau sekurang-kurangnya kambing import yang telah lama berada di negara ini.





Feb 23, 2011

4 Ekor Lagi Anak Baru Lahir ...Alhamdulillah Semuanya Sihat

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Alhamdulillah kami di AsSakinah Agro Farm menerima kehadiran 4 ekor lagi cahaya mata baru, 2 ekor pada 21 Feb, manakala 2 ekor lagi pada 22 Feb. Ini menjadikan jumlah kelahiran sebanyak 8 ekor pada tahun 2011 ini.

Berat minima anak-anak kambing yang lahir pada tahun 2011 ini adalah 3.0kg manakala berat maksima pula adalah 3.8kg. Suatu pencapaian yang sangat baik.... Alhamdulillah......

 
 
 
 
 
Gambar-gambar atas - seekor anak yang lahir pada 2 Feb ini seberat 3.8kg, Alhamdulillah... agak berat dan sihat wal'afiat. Induknya adalah seekor koplo


 
 
Gambar atas - yang ini juga lahir pada 23 Feb dan seberat 3.5kg. Nampaknya susu si induk Jamnapari ini agak banyak sehingga mengalami bengkak pada tetek (mestitis). Kami terpaksa merawat induk ini dengan suntikan 'megaclox' dan urutan menggunakan cream "Dermanol"


 
 
 Gambar atas - si anak ini lahir pada 22 Feb dan ia seberat 3.8kg. Induknya adalah seekor jamnapari manakala bapaknya adalah Boer FB


 
 
Anak si induk Feral ini pula adalah seberat 3.0kg

Kesemua bapak (pejantan) bagi anak-anak di atas adalah Boer Fullblood.


Feb 15, 2011

Kelahiran cahaya mata baru

Pada 13 Febuari lalu, ladang kami diserikan lagi dengan kelahiran anak-anak baru, kali ini ianya kembar dan kedua-duanya adalah betina. Timbangan yang dibuat pada hari ini menunjukkan berat kedua-duanya adalah kira-kira 3kg setiap satu... Alhamdulillah.

Induk koplo ini melahirkan anak kembar seberat 3kg setiap seekor. Bapak mereka adalah pejantan boer fb
Naluri kasih sayang ibu... Induk menjilat-jilat salah seekor cari anaknya sambil menyusukan anak tersebut

Berat anak yang berkepala hitam ini adalah 3kg

Kembarnya yang berkepala coklat juga seberat 3kg


Berikutnya pada awal pagi semalam, 14hb Januari, seekor cahaya mata baru lahir lagi. Beratnya pula adalah 3.3kg... Alhamdulillah...
Induk feral ini melahirkan anak seberat 3.3kg. Bapaknya juga pejantan boer fb

Saya sebenarnya mensasarkan suatu 'berat minima' yang harus dicapai oleh anak-anak yang baru lahir sebagai suatu standard , iaitu 2.8kg untuk anak kembar manakala bagi anak tunggal pula adalah 3kg. Alhamdulillah untuk kelahiran 2011 ini, kesemua 4 ekor anak kambing saya mencapai standard ini. SubhanAllah.... ini semua dengan pertolongan Allah.

Mengimbau kembali anak pertama yang lahir di dalam tahun 2011 ini, iaitu yang lahir pada 18 januari lalu, kini berusia hampir sebulan. Beratnya ketika baru lahir adalah 3.5kg.

Anak sulung kelahiran 2011 ini akan mencapai usia 1 bulan 3 hari lagi InsyaAllah

Beratnya kini adalah 7.5kg, kenaikan sebanyak 4kg dalam tempoh hampir 1 bulan

Timbangan menunjukkan berat 7.5kg untuk anak ini yang berusia kurang dari 1 bulan
Ini bermakna anak kambing ini mengalami kenaikan berat badan sebanyak 4kg dalam tempoh hampir sebulan. Ini merupakan suatu pencapaian yang sangat baik. Ia juga merupakan petunjuk bahawa diet yang saya berikan kepada induk kambing tersebut adalah sesuai. 

Alhamdulillah......






Feb 13, 2011

Lapuran Diet Baru - sambungan

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Saya kini memberikan kira-kira 200kg berat kering hampas soya setiap hari kepada kira-kira 150 ekor populasi ternakan kambing di ladang saya. Ini bersamaan dengan kira-kira 1.3kg hampas soya bagi setiap ekor kambing. Hampas soya ini dicampurkan dengan sedikit jagung hancur, gandum, sedikit mineral dan garam serta urea.

Dalam masa yang sama, saya masih memberikan 50kg konsentrat kepada populasi ini, yang bersamaan dengan purata kira-kira 330gram konsentrat bagi setiap ekor kambing. Langkah ini saya ambil memandangkan masih terdapat kira-kira 20 ekor kambing yang masih kurus, di mana 7 ekor darinya adalah kurus kronik. Lagi pula sebahagian besar dari 110 ekor induk saya kini sedang bunting di mana sebahagian besar darinya adalah bunting akhir yang memerlukan nutrien tambahan untuk anak-anak dalam kandungan mereka. Saya juga memberikan sedikit bijan ke dalam diet mereka bagi menggalakkan pengeluaran susu.

Rumput pula diberikan dalam kuantiti kira-kira 200kg (berat basah) sehari ditambah dengan jerami.

Nampaknya kambing-kambing peliharaan saya memberikan respons yang baik terhadap diet ini.... Alhamdulillah....