Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Dec 5, 2008

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK

Pendahuluan
Kami di AsSakinah Agro Farm kini mengendalikan secara berkala Program Bimbingan Usahawan Ternak bertempat di ladang kami di Kg. Lubok Kelubi, Batu 19 1/2 Jalan Hulu Langat, Selangor. Program akan dikendalikan oleh En. Suhaimi Md Amin.

Program ini dibahagikan kepada 3 modul berasingan yang kami kendalikan untuk peserta yang berminat untuk menceburkan diri dalam projek penternakan kambing komsersil. Modul-1 merupakan modul asas yang dikenali sebagai Kursus Asas Penternakan Kambing, Modul-2 pula merupakan modul latihan praktikal jangkapendek (1 hari) dikenali sebagai Latihan Praktikal Asas manakala Modul-3 pula merupakan Latihan Praktikal Lanjutan yang dijalankan secara sangkut di ladang kami.


Yuran:


Modul-1 : RM200

Modul-2 : RM200

Pakej Modul-1 + Modul-2 : RM300
(iaitu bagi peserta yang mendaftar untuk kedua-dua modul 1 dan 2 sekali gus)


Modul-3 : RM700
(Nota: Modul ini ditawarkan secara percuma bagi pembeli Pakej Bimbingan Usahawan Ternak)


Untuk pertanyaan lanjut bagi program ini, sila hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi)

6 comments:

muhammad said...

salam, bila kah program berikutnye akan diadakan?

As-Sakinah Agro Farm said...

Wsalam... Program berikutnya dijangka diadakan ada awal November. Program selama 2 hari 1 mlm iaitu pada hujung minggu sabtu/ahad. Tarikh akan ditentukan kemudian.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Brapakah harga untuk seekor kambing jantan (induk)?

tq

As-Sakinah Agro Farm said...

Wsalam En. Rizan,
Harga anggaran Baka Pejantan:
1. Boer F4 - RM1,500 ke atas
2. Boer Fullblood (dgn sijil) RM2,800 ke atas.

T.kasih.

muhammad said...

salam, bila kah program berikutnye akan diadakan? pada thn ini atau tahun depan,tkasih

Anonymous said...

Saya berminat utk mengikuti kursus utk tahun 2010.
Adatak tarikh untk tahun hadapan

T kasih

Abd raziz