Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Dec 26, 2008

BULETIN 8 JAN 2009

Kami kini sudah berpindah ke Domain Dot Com
Layari Blog kami di alamat berikut:
http://JomTernakKambing.Com


BERITA KEMATIAN KAMBING DI MUSIM TENGKUJUH YANG LEPAS

Assalamu'alaikum pengunjung semua...
Di musim hujan/tengkujuh yang lepas, (iaitu yang bermula dari bulan oktober dan baru berakhir baru-baru ini), banyak kematian ternakan kambing dilaporkan oleh rakan-rakan penternak. Ia berlaku terutamanya di kawasan di mana peredaran udara adalah kurang lancar.

Saya mengesyaki kebanyakan kematian adalah disebabkan oleh gejala pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria pasteurella. Kelembapan udara yang tinggi akibat hujan yang berpanjangan menyebabkan udara menjadi lebih berat lantas menghadkan peredaran udara di persekitaran kandang. Keadaan sebegini menambah risiko serangan wabak pneomonia. Biasanya ternakan yang mengalami serangan 'pasteurellosis' mati secara agak mengejut, walaupun sihat dan kelihatan cergas sehari sebelumya, ia tiba-tiba menjadi murung dan hilang selera makan dalam tempoh 24 jam. Sejurus sebelum kematian. ternakan menunjukkan tanda seolah-olah mengalami kekejangan otot-otot kaki. Kadang-kadang juga hilang kawalan diri dan menanduk-nanduk kandang dan bertindak tidak tentu hala.

Untuk mengelakkan serangan 'pasteurellosis' ini, penternak dinasihatkan supaya mengambil tindakan pencegahan awal. Semua kambing harus diberi pelalian/pemvaksinan sebelum tibanya musim hujan/tengkujuh. Ia harus diberi ketika ternakan berada dalam keadaan sihat dan cergas.

Sila klik link di bawahi untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemvaksinan terhadap 'pasterurellosis':

Persiapan menghadapi musim hujan/tengkujuh

Dec 15, 2008

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK - MODUL 3

Modul-3 : Latihan Praktikal Lanjutan (Jangkamasa 2-minggu)

Modul ini merupakan modul latihan praktikal lanjutan yang dijalankan secara sangkut di ladang kami selama 2 minggu.


Objektif :
Objektif modul ini adalah untuk memberi latihan secukupnya kepada pekerja ladang supaya menjadi pekerja yang terlatih sebagai persiapan untuk mengendalikan ladang penternakan kambing.

Yuran :
RM700.00

Tempoh Latihan:
14 hari

Penginapan:
Percuma


Siapa yang patut hadir?
Bakal pekerja ladang


Nota:
Modul-3 juga dikendalikan secara PERCUMA !!! bagi pelanggan kami yang membeli Pakej Bimbingan Usahawan Ternak.

Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut.



Kembali ke Laman Utama

Dec 10, 2008

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK - MODUL 2

Modul 2: Latihan Praktikal Asas (Intensif 1 Hari)
Modul-2 merupakan modul latihan praktikal selama 1 hari di mana peserta diberi penerangan lanjut serta latihan praktikal asas mengenai penternakan kambing.


Objektif :
Memberi latihan praktikal asas kepada peserta sebagai persiapan untuk mengendalikan ladang penternakan kambing.


Kandungan Modul :
1. Mengenali baka kambing
2. Memilih baka yang sesuai untuk program pembakaan
3. Menganggarkan usia kambing berdasarkan gigi
4. Mengenalpasti kambing yang sihat dan yang tidak sihat
5. Keperluan pemakanan kambing
6. Mengenalpasti penyakit kambing
7. Ubat-ubatan dan rawatan asas bagi penyakit kambing

Di antara latihan asas yang diajar adalah mengenal ubat-ubatan dan teknik rawatan asas bagi penyakit kambing termasuk pelbagai kaedah suntikan (subcutaneous route dan intramuscular route), rawatan parasit dalaman dan luaran (cacing, kutu, kurap), suntikan antibiotik dan rawatan semburan mata dan luka-luka.


Makan-minum :
Makan tengah hari dan minum petang disediakan.


Sijil Kehadiran :
Sijil klehadiran akan dikeluarkan oleh pihak AsSakinah Agro Farm


Jadual/Itenarari :
8.30 : Pendaftaran
9.00 - 10.00 : Teori - Penerangan
10.00 - 10.30 : Rehat dan minum
10.30 - 12.30 : Latihan praktikal (menyabit dan memotong rumput Napier)
12.30 - 2.00 : Makan tengah hari dan solat zuhur
2.00 - 5.00 : Mengenali penyakit kambing, ubat-ubatan dan rawatan asas - Penerangan dan latihan praktikal
5.00 ptg : Penutup dan penyampaian sijil kehadiran
5.30 : Bersurai


Yuran :
RM200
(Nota: Bagi peserta yang mendaftar untuk kedua-dua Modul-1 dan Modul-2 sekali gus, jumlah yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM300, iaitu diberi diskaun sebanyak RM100)


Peserta di ajar mengenalpasti kambing yang kurang sihat



Peserta dilatih memberi suntikan antibiotik ke atas kambing yang kurang cergas



Menyembur Teramycin Pink Eye ke dalam mata anak kambing yang mengalami masaalah mata



Siapa Yang Patut Hadir?
Mereka yang bakal diamanahkan untuk mengurus ladang penternakan kambing dan pekerja ladang.


Hubungi kami untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui tarikh terdekat.


Kembali ke Laman Utama

Dec 6, 2008

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK - MODUL 1

Modul 1: Kursus Asas Penternakan Kambing Komersil - Intensif 1 Hari
(Terbuka kepada semua)
Di dalam modul ini, peserta diberi pendedahan mengenai aspek kewangan dan teknikal untuk melibatkan diri dalam projek penternakan kambing komersil. Objektif modul ini adalah untuk memberi pendedahan secukupnya kepada peserta tentang anggaran keperluan pelaburan bagi projek ini. Peserta juga diberi penerangan tentang prospek perolehan atau pulangan bagi pelaburan sebelum mengambil sebarang keputusan untuk menceburkan diri dan sebelum membuat sebarang komitmen dalam bidang ini. Di samping itu peserta juga berpeluang mendapatkan pendedahan mengenai pengendalian projek penternakan kambing komersil dan mendapatkan pengalaman rutin harian pengurusan kandang di ladang kami.

Nota: Pengendalian kursus ini adalah dalam kelompok kecil iaitu di antara 4-6 orang perserta bagi setiap sesi. Pendekatan kursus adalah berbentuk penerangan dan dialog, bukannya ceramah/kuliah.


Yuran Kursus
RM200 seorang


Makan-minum

Makan minum: Makan tengah hari dan minum petang disediakan.


Sijil Kehadiran

Sijil Kehadiran akan dikeluarkan kepada peserta oleh pihak AsSakinah Agro Farm


Topik-topik yang terkandung dalam modul ini:
1. Penerangan mengenai prospek dan cabaran projek penternakan kambing komersil - Benarkah "Penternakan Suatu Perniagaan"?
2. Pengenalan terhadap pelbagai baka kambing (penerangan dan pemerhatian terus di kandang)
3. Persediaan asas memulakan projek penternakan kambing secara komersil.
4. Panduan membina kandang kambing.
5. 'Projek Penternakan Kambing Komersil" - Rancangan Perniagaan, pemilihan "Business Model" dan jenis Baka.
6. Tips Membeli Kambing Baka Yang Sihat/Cergas
7. Pengurusan kandang - penerangan dan pemerhatian "live" di kandang kami mengenai rutin harian pemakanan, penjagaan, rawatan dsb.
8. Mengenali penyakit kambing dan rawatannya serta ubat-ubatan asas.


Itenarari Kursus:

Sesi pagi
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 - 10.30 : Teori - Penerangan
10.30 - 10.45 : Minum
10.45 - 12.30 : Sambungan penerangan diikuti sesi dialog dan soaljawab
12.30 - 2.00 : Rehat - Makan tengah hari dan solat zuhur

Sesi petang
2.00 - 4.00 : Lawatan ke kandang kambing - melihat jenis-jenis baka kambing utama, mengenali kambing sihat dan yang diserang penyakit serta demo rawatan dan suntikan kambing.
4.15 - 4.30 : Minum
4.30 - 5.30 : Sesi dialog dan soaljawab, penyampaian sijil dan penutup
5.30 : Bersurai


Siapa yang Patut Hadir?
Mereka yang berminat terhadap projek penternakan kambing, tetapi belum mendapat pendedahan terhadap latarbelakang projek ini, terutama dari segi jumlah pelaburan yang diperlukan, kos operasi bulanan yang terpaksa ditanggung dan bagaimana menjadikannya 'berdaya maju'. Juga samaada projek penternakan sebegini sesuai atau serasi dengan diri seseorang.


Tarikh Program Terdekat
Sila klik di sini untuk mengetahui tarikh Kursus Asas Penternakan Kambing yang akan datang.


Kembali ke Laman Utama

Dec 5, 2008

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK

Pendahuluan
Kami di AsSakinah Agro Farm kini mengendalikan secara berkala Program Bimbingan Usahawan Ternak bertempat di ladang kami di Kg. Lubok Kelubi, Batu 19 1/2 Jalan Hulu Langat, Selangor. Program akan dikendalikan oleh En. Suhaimi Md Amin.

Program ini dibahagikan kepada 3 modul berasingan yang kami kendalikan untuk peserta yang berminat untuk menceburkan diri dalam projek penternakan kambing komsersil. Modul-1 merupakan modul asas yang dikenali sebagai Kursus Asas Penternakan Kambing, Modul-2 pula merupakan modul latihan praktikal jangkapendek (1 hari) dikenali sebagai Latihan Praktikal Asas manakala Modul-3 pula merupakan Latihan Praktikal Lanjutan yang dijalankan secara sangkut di ladang kami.


Yuran:


Modul-1 : RM200

Modul-2 : RM200

Pakej Modul-1 + Modul-2 : RM300
(iaitu bagi peserta yang mendaftar untuk kedua-dua modul 1 dan 2 sekali gus)


Modul-3 : RM700
(Nota: Modul ini ditawarkan secara percuma bagi pembeli Pakej Bimbingan Usahawan Ternak)


Untuk pertanyaan lanjut bagi program ini, sila hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi)

Dec 3, 2008

Risiko Kematian Di Musim Hujan/Tengkujuh - Pelalian Terhadap Pasteurella

Adalah diketahui umum bahawa ternakan kambing sangat alah terhadap cuaca lembap (high humidity), di mana cuaca lembap berterusan boleh membawa kepada serangan pneumonia yang boleh mengakibatkan kematian. Bahkan di negara kita, serangan pneumonia adalah merupakan penyebab utama kematian ternakan kambing.

Berdasarkan pengalaman sendiri serta pengalaman penternak lain yang telah lama berkecimpung di dalam bidang penternakan kambing, musim hujan berpanjangan seperti musim tengkujuh merupakan tempoh di mana kadar kematian ternakan kambing adalah di tahap paling tinggi. Jadi, persiapan adalah perlu untuk mengelak atau mengurangkan kerugian akibat kematian di musim tengkujuh.

Penyebab utama serangan pneumonia adalah bakteria 'pasteurella' yang menjadi sangat dominan di dalam keadaan cuaca lembab berpanjangan seperti di musim tengkujuh, di samping masaalah lain seperti pengudaraan dan kebersihan makanan dan minuman. Persiapan utama menghadapi serangan pasteurella adalah dengan memberikan pelalian/pemvaksinan kepada kesemua ternakan kambing. Kami mengesyorkan penggunaan vaksin 'Heptavac-P'. Vaksin ini harus diberi sewaktu ternakan berada di dalam keadaan sihat dan cergas, iaitu sebelum bermulanya musim hujan/tengkujuh.

Heptavac-P diberi dalam 2 dos iaitu Dos Permulaan (2mL) serta Dos Booster (juga 2mL). Dos Booster pertama diberi 4-6 minggu selepas Dos Permulaan, manakala Dos Booster seterusnya adalah diberi sekali di dalam tempoh 12 bulan.

InsyaAllah dengan mengamalkan pelalian terhadap bakteria pasteurella ini, risiko kematian ternakan kambing akibat gejala pneumonia yang merupakan pembunuh utama dapat dikurangkan.












Vaksin Anti-Pasterurellosis 'Heptavac-P'

Dec 2, 2008

Persiapan Menghadapi Musim Hujan/Tengkujuh

Adalah diketahui umum bahawa ternakan kambing sangat alah terhadap cuaca lembap (high humidity), di mana cuaca lembap berterusan boleh membawa kepada serangan pneumonia yang boleh mengakibatkan kematian. Bahkan di negara kita, serangan pneumonia adalah merupakan antara penyebab utama kematian ternakan kambing.

Berdasarkan pengalaman sendiri serta pengalaman penternak lain yang telah lama berkecimpung di dalam bidang penternakan kambing, musim hujan berpanjangan seperti musim tengkujuh merupakan tempoh di mana kadar kematian ternakan kambing adalah di tahap paling tinggi. Ia mudah merebak di kandang yang terletak di lokasi di mana peredaran udara adalah terhad, seperti di kawasan lembah. Keadaan udara yang lembap di musim hujan/tengkujuh pula menghadkan lagi pergerakan udara kerana udara menjadi bertambah berat dengan kandungan wap air. Jadi, persiapan adalah perlu untuk mengelak atau mengurangkan kerugian akibat kematian di musim tengkujuh.

Pneumonia adalah disebabkan oleh serangan bakteria 'pasteurella'. Biasanya ternakan yang mengalami serangan 'pasteurellosis' mati secara agak mengejut, walaupun sihat dan kelihatan cergas sehari sebelumya, ia tiba-tiba menjadi murung dan hilang selera makan dalam tempoh 24 jam. Sejurus sebelum kematian. ternakan menunjukkan tanda seolah-olah mengalami kekejangan otot-otot kaki. Kadang-kadang juga hilang kawalan diri dan menanduk-nanduk kandang dan bertindak tidak tentu hala.

Persiapan utama menghadapi serangan pasteurella adalah dengan memberikan pelalian/pemvaksinan kepada kesemua ternakan kambing. Kami mengesyorkan penggunaan vaksin 'Heptavac-P'. Vaksin ini harus diberi sewaktu ternakan berada di dalam keadaan sihat dan cergas, iaitu sebelum bermulanya musim hujan/tengkujuh.

Heptavac-P diberi dalam 2 dos iaitu Dos Permulaan (2mL) serta Dos Booster (juga 2mL). Dos Booster pertama diberi 4-6 minggu selepas Dos Permulaan, manakala Dos Booster seterusnya adalah diberi sekali di dalam tempoh 12 bulan.

InsyaAllah dengan mengamalkan pelalian terhadap bakteria pasteurella ini, risiko kematian ternakan kambing akibat gejala pneumonia yang merupakan pembunuh utama dapat dikurangkan.












Vaksin Anti-Pasterurellosis 'Heptavac-P'