Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jan 29, 2009

BULETIN 29 JAN - JADUAL PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK BAGI BULAN FEBUARI

Salam pengunjung semua...
Kami bercadang untuk mengendalikan Program Bimbingan Usahawan Ternak untuk bulan Febuari 2009 pada tarikh-tarikh berikut:


KEMASIKINI 15 FEB

Modul-1 : Kursus Asas Penternakan Kambing (Intensif 1 hari)
(Yuran RM200)

Pilihan tarikh kursus :

28 Feb 2008 (Sabtu) -


Nota: Pengesahan tarikh tertakluk kepada bilangan penyertaan
Bil. minima diperlukan : 4 orang
(Bil. maksima: 6 orang)


Modul-2 : Latihan Praktikal Asas (Intensif 1 hari)
(Yuran RM200)

Pilihan tarikh kursus :

29 Feb 2008 (Ahad) - masih ada 4 kekosongan


Nota: Pengesahan tarikh tertakluk kepada bilangan penyertaan
Bil. minima diperlukan : 2 orang
(Bil. maksima: 6 orang)


Modul-3 : Latihan Praktikal Lanjutan (2 minggu)

Hanya akan dijalankan berdasarkan permintaan.
Bilangan peserta minima: 1 orang


Sesiapa yang berminat untuk hadir atau menghantar perserta untuk mengikuti kursus di atas, sila hubungi kami melalui talipon atau email.

Jan 27, 2009

BULETIN 27 JAN - PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK

Modul-1: Kursus Asas Penternakan Kambing
Alhamdulillah, kursus ini telah berjalan lancar seperti yang dijadualkan pada 24 & 25 Jan lalu, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Ia dihadiri oleh 4 orang perserta iaitu masing-masing seorang dari Kuantan, Negeri Sembilan, Selangor serta seorang dari Sabah yang bekerja di Klang.

Peserta telah diberi penerangan dan pendedahan mengenai projek penternakan kambing komersil termasuk aspek kewangan dan teknikal. Peserta juga diberi latihan praktikal rawatan asas penyakit kambing termasuk suntikan antibiotik, suntikan vaksin anti-pasteurellosis (pneumonia), rawatan ubat cacing, kutu dan kurap, serta rawatan semburan mata.


Sedang mengenalpasti kambing yang kurang sihat


Salah seorang peserta sedang membuat latihan menyuntik antibiotik ke atas seekor kambing


Latihan menyembur Teramycin Pink Eye ke dalam mata anak kambing yang mengalami masaalah mata berair


Peserta kursus - dari kiri Faiz (Sabah). Hidzir (Selangor), Khalil (Pahang) dan Hisham (NS)


Bergambar bersama peserta kursus di akhir sesi


Kami bercadang mengendalikan kursus ini sekali lagi pada bulan Februari ini. Mereka yang berminat sila hubungi kami untuk membuat tempahan tempat. Sebagaimana biasa, kursus ini diadakan dalam kelompok kecil iaitu antara 4-6 orang perserta bagi setiap sesi. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan kursus ini kepada setiap peserta.

Untuk sesi akan datang, kami akan mengubahsuai keseluruhan kandungan program ini untuk menyingkatkan tempoh kursus Modul-1 kepada 1 hari sahaja. Ini untuk memberi kemudahan kepada bakal peserta yang tidak dapat meluangkan masa selama 2 hari oleh kerana komitmen lain. Yuran penyertaan juga dikurangkan kepada RM200 sahaja.

Modul-1 lebih memfokus kepada penerangan dan perbincangan mengenai aspek kewangan (modal pelaburan dan prospek perolehan keuntungan) serta asas teknikal bagi projek penternakan kambing komersil . Ia ditujukan kepada bakal pelabur yang berminat menceburi bidang penternakan kambing komersil. Sila klik di sini untuk mengetahui tentang modul ini dengan lebih lanjut.

Modul-2 pula lebih menekankan kepada latihan praktikal asas di mana ia ditujukan kepada peserta yang bakal bekerja di ladang mengendalikan ladang penternakan kambing. Ia akan dijalankan selama 1 hari iaitu pada hari yang lain. Sila klik di sini untuk mengetahui tentang modul ini dengan lebih lanjut.

Modul-3 merupakan latihan praktikal lanjutan di mana peserta diberi latihan secara sangkut di ladang kami untuk tempoh 2 minggu. Ia betujuan melatih pekerja ladang dengan latihan asas secukupnya sebelum mula bekerja di ladang penternakan kambing. Penginapan untuk peserta adalah disediakan di ladang kami. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang modul ini.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Program ini.

Jan 26, 2009

BULETIN 26 JAN - KONG HI FAT CHOY

Kami di AsSakinah Agro Farm mengambil peluang mengucapkan Kong Hi Fat Choi kepada semua rakan penternak serta pengunjung blog ini yang berbangsa China.

KONG HI FAT CHOI !!!!



Jan 23, 2009

BULETIN 23 JANUARI 2009 - LAST CALL!!!

PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK
Modul 1- Kursus Asas Penternakan Kambing

Tarikh 24 & 25 Januari 2009 - BESOK !!! InsyaAllah akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi.

Tempat:
Ladang AsSakinah Agro Farm
Kg. Lubok Kelubi
Batu 19 1/2, Jalan Hulu Langat
Selangor D.E.
(berdekatan Pangsun dan Sg. Chongkak)

Masih ada 2 kekosongan.
Sesiapa yang berminat menyertai kursus ini, sila hubungi saya segera di talian 019-2231507.

Jan 18, 2009

BULETIN 18 JAN 2009

PAS Menang di KT
Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Dalam pilihanraya Mac tahun lalu, BN menang dengan majoriti 628 undi manakala pada tahun 2004 BN menang dengan majoriti 1933.

Nampaknya sokongan pengundi KT kepada BN menunjukkan 'trend' menurun. Apalah sebab agaknya ye...?

Jan 17, 2009

BULETIN 17 JAN 2009

KT By-Election: The D-Day

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua,
hari ini merupakan hari penentuan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Pengundian bermula jam 8 pagi ini, iaitu kira-kira beberapa minit sahaja lagi dari sekarang. Mudah-mudahan proses pengundian berjalan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Kepada pengundi-pengundi di KT, kami ucapkan selamat mengundi ... gunakanlah hak mengundi anda dengan bijaksana. Setiap undi anda akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak.


Kambing kampong kacukan untuk akikah
AsSakinah Agro Farm mempunyai stok kira-kira 50 ekor kambing kampung kacukan yang sudah cukup umur dan sesuai untuk tujuan akikah. Harga borong RM520. Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Jan 15, 2009

BULETIN 15 JAN 2009

Malaysia In Technical Recession

By Asrul Hadi Abdullah Sani

PUTRAJAYA, Jan 14 — Rating Agency Malaysia (RAM), the country’s leading credit rating service, has joined Citigroup in predicting a technical recession for Malaysia in the first and second quarter of the year.

RAM’s chief economist Dr Yeah Kim Leng said, however, that domestic demand could help offset the decrease in exports.

Citigroup had said yesterday that Malaysia may slip into a technical recession in 2009. Citigroup Global Market has also downgraded its forecast for Malaysia’s 2009 gross domestic product (GDP) to 0.5 per cent from 3.1 per cent.

A technical recession is defined as two consecutive quarters in which the economy has shrunk compared to the previous quarter.

Berita lanjut di sini


Untuk renungan...

" Adakah bidang perternakan (seperti penternakan kambing) merupakan suatu pelaburan yang bijak dan dapat mengelakkan dari terkena bahang 'recession' ini? "


Tawaran terbaru AsSakinah Agro Farm : 28 Ekor anak Boer betina kelahiran tempatan


Jan 12, 2009

BULETIN 12 JAN 2009

Assalamu'alaikum wm wbkh kpd pengunjung semua...

Situasi Di Ghazzah
Kini telah masuk minggu ke3 Yahudi mengganas di bumi Palestin, mengebom dan membunuh umat Islam tanpa mengenal belas kasihan. Telah ramai pejuang yang gugur syahid mempertahankan bumi suci ini, begitu juga ratusan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak turut terbunuh. Sama-samalah kita menyumbang apa yang terdaya untuk saudara kita di Ghazzah, termasuk bersolat hajat dan berdoa untuk kemenangan Islam dan kehancuran Yahudi. Sesungguhnya peperangan menentang Yahudi adalah peperangan agama, dan ia akan berterusan sehingga Islam menang ke atas Yahudi sebelum tibanya hari Qiamat. Peperangan ini juga adalah peperangan yang penuh dengan ke'ajaiban. Bagaimana mungkin penduduk Palestin yang hanya bersenjatakan batu mengusir Yahudi keluar dari Ghazzah dan Tebung Barat beberapa tahun lalu jika tidak dengan pertolongan Allah.

Allahu Akbar!!!Allahu Akbar!!!Allahu Akbar!!!


Program Bimbingan Usahawan-Kursus Asas Penternakan Kambing
Untuk makluman, masih terdapat beberapa kekosongan bagi Kursus Asas Penternakan Kambing yang dijadualkan pada 24 & 25 hb Januari ini, iaitu semasa cuti musim cuti perayaan Tahun Baru Cina. Bagi mereka yang berminat, sila hubungi kami segera untuk menempah tempat.

Sekian, terima kasih.

Jan 10, 2009

BULETIN 10 JAN 2009

Kami di AsSakinah Agro Farm ada menawarkan 'nipple' untuk sistem paip minuman ternakan kambing dengan harga berpatutan iaitu RM13 seunit. Harga ini adalah lebih rendah dari harga jualan oleh Ming Heng Enterprise (RM14.50 seunit). Penggunaan nipple adalah sangat digalakkan kerana ia dapat memastikan air minuman ternakan adalah bersih dan tidak tercemar oleh air kencing dan tinja kambing. Di samping itu, penggunaannya membantu penjimatan tenaga pekerja kerana tidak perlu menukar air, serta juga menjimatkan penggunaaan air untuk minuman kerana kurangnya pembaziran.

Sila ke BazarTani