Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jan 27, 2009

BULETIN 27 JAN - PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK

Modul-1: Kursus Asas Penternakan Kambing
Alhamdulillah, kursus ini telah berjalan lancar seperti yang dijadualkan pada 24 & 25 Jan lalu, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Ia dihadiri oleh 4 orang perserta iaitu masing-masing seorang dari Kuantan, Negeri Sembilan, Selangor serta seorang dari Sabah yang bekerja di Klang.

Peserta telah diberi penerangan dan pendedahan mengenai projek penternakan kambing komersil termasuk aspek kewangan dan teknikal. Peserta juga diberi latihan praktikal rawatan asas penyakit kambing termasuk suntikan antibiotik, suntikan vaksin anti-pasteurellosis (pneumonia), rawatan ubat cacing, kutu dan kurap, serta rawatan semburan mata.


Sedang mengenalpasti kambing yang kurang sihat


Salah seorang peserta sedang membuat latihan menyuntik antibiotik ke atas seekor kambing


Latihan menyembur Teramycin Pink Eye ke dalam mata anak kambing yang mengalami masaalah mata berair


Peserta kursus - dari kiri Faiz (Sabah). Hidzir (Selangor), Khalil (Pahang) dan Hisham (NS)


Bergambar bersama peserta kursus di akhir sesi


Kami bercadang mengendalikan kursus ini sekali lagi pada bulan Februari ini. Mereka yang berminat sila hubungi kami untuk membuat tempahan tempat. Sebagaimana biasa, kursus ini diadakan dalam kelompok kecil iaitu antara 4-6 orang perserta bagi setiap sesi. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan kursus ini kepada setiap peserta.

Untuk sesi akan datang, kami akan mengubahsuai keseluruhan kandungan program ini untuk menyingkatkan tempoh kursus Modul-1 kepada 1 hari sahaja. Ini untuk memberi kemudahan kepada bakal peserta yang tidak dapat meluangkan masa selama 2 hari oleh kerana komitmen lain. Yuran penyertaan juga dikurangkan kepada RM200 sahaja.

Modul-1 lebih memfokus kepada penerangan dan perbincangan mengenai aspek kewangan (modal pelaburan dan prospek perolehan keuntungan) serta asas teknikal bagi projek penternakan kambing komersil . Ia ditujukan kepada bakal pelabur yang berminat menceburi bidang penternakan kambing komersil. Sila klik di sini untuk mengetahui tentang modul ini dengan lebih lanjut.

Modul-2 pula lebih menekankan kepada latihan praktikal asas di mana ia ditujukan kepada peserta yang bakal bekerja di ladang mengendalikan ladang penternakan kambing. Ia akan dijalankan selama 1 hari iaitu pada hari yang lain. Sila klik di sini untuk mengetahui tentang modul ini dengan lebih lanjut.

Modul-3 merupakan latihan praktikal lanjutan di mana peserta diberi latihan secara sangkut di ladang kami untuk tempoh 2 minggu. Ia betujuan melatih pekerja ladang dengan latihan asas secukupnya sebelum mula bekerja di ladang penternakan kambing. Penginapan untuk peserta adalah disediakan di ladang kami. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang modul ini.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Program ini.

No comments: