Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Mar 31, 2009

BULETIN 31 MAC - GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK

Alhamdulillah, Program Bimbingan Usahawan Ternak Siri ke-3 telah berlangsung dengan lancar pada 28hb Mac (Modul-1) dan 29hb Mac (Modul-2) yang baru lalu di ladang kami di Hulu Langat, Selangor.

Program ini dihadiri oleh 7 orang peserta, seorang dari Terengganu, seorang dari Pulau Pinang, manakala selebihnya dari Lembah Klang. Seorang lagi peserta dari Lembah Klang yang dijadualkan bersama terpaksa menarik diri di saat-saat akhir kerana masaalah anaknya yang mengalami demam panas dan muntah-muntah. Kesemua 7 orang peserta ini telah hadir di kedua-dua hari dan telah mengikuti kedua-dua modul ini.


Para peserta bergambar bersama-sama di awal program


Hari pertama program telah diisi dengan penerangan teori untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai projek penternakan kambing. Penekanan diberi terhadap aspek komersil serta menjawab persoalan 'Adakah Penternakan Suatu Perniagaan?'. Sesi dialog/soaljawab juga nampaknya sungguh 'lively' kerana kesemua peserta menunjukkan minat dan komitmen yang mendalam terhadap program ini.

Di hari ke-2, peserta diberi penerangan mengenai aspek praktikal dalam memulakan projek penternakan kambing, termasuk pemilihan lokasi ladang yang sesuai, kedudukan kandang mengikut bentuk mukabumi ladang, saiz serta 'layout' kandang yang sesuai dibina. Peserta juga didedahkan kepada amalan-amalan yang perlu dibuat dan yang perlu dielakkan dalam menjalankan operasi ladang penternakan kambing. Ini diikuti dengan sesi penerangan terus di kandang mengenai baka-baka kambing yang ada di ladang AsSakinah Agro Farm, serta latihan praktikal asas.



Penyembelihan kambing akikah
Peserta berpeluang menyaksikan proses pemyembelihan kambing akikah di hari pertama program



Sesi Latihan Praktikal Ringkas
Peserta diajar cara-cara memotong rumput Napier menggunakan mesin 'chopper' serta diberi peluang membuat latihan praktikal ringkas



Sesi bergambar
Bergambar bersama peserta di akhir program - dari kiri: Saya, Rahila, Faridah dan suami Sahidon, Azmi, Dino, Azman (oghang Utagha/Penang) dan Rofizi (oghang Gganu).



Kami di Assakinah Agro Farm sangat berbesar hati di atas kehadiran para peserta Program Bimbingan Usahawan Ternak Siri ke-3 ini dan ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terimakasih kepada semua peserta yang hadir. Komitmen dan minat yang ditunjukkan memberikan semangat kepada kami untuk terus menawarkan program ini kepada peserta-peserta yang lain pada masa akan datang.

Bagi mereka yang berminat menyertai Program Siri ke-4 yang dijangka diadakan pada bulan April ini, sila hubungi saya melalui email dan nyatakan tarikh yang sesuai bagi anda. Kami akan menetapkan tarikh program setelah mendapat maklumbalas dari bakal peserta nanti.

1 comment:

Unknown said...

Walaupon baru menceburi bidang ini kurang 3 tahun, pengalaman pahit maung che Suhaimi yang share dengan kami memang much better than just reading material in books or in the web.

Saiz kelas memang cukop bagus kerana lebih 'air time' dengan pengelola kursus dan juga pekerja ladang. Hands-on experience is definitely a bonus.

Walaupon jauh saya berjalan, berbaloi trip saya. Terima kasih banyak banyak.