Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Apr 27, 2009

BULETIN 27 APRIL - DI SEKITAR PROGRAM BIMBINGAN USAHAWAN TERNAK (KAMBING) SIRI KE-4

Assalamu'alaikum wm wbkh kepada pengunjung semua........

Alhamdulillah Program Bimbingan Usahawan Ternak (Kambing) Siri Ke-4 telah diadakan selama 2 hari sebagaimana yang dirancang, iaitu bermula Sabtu 25 April sehingga semalam, Ahad 26 April. Seramai 5 orang perserta telah menghadiri program ini.


Pada hari pertama, peserta mengikuti Modul-1 iaitu Kursus Asas Penternakan Kambing. Modul ini memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu-ilmu asas berkaitan pemeliharaan kambing, iaitu termasuk kitaran 'biang' kambing betina, tempoh mengawan dan tempoh bunting serta tempoh pemulihan induk selepas melahirkan anak.

Juga dibincangkan secara mendalam adalah aspek kewangan projek penternakan kambing komersil, iaitu jumlah minima pelaburan yang diperlukan bagi pembinaan kandang, pembikinan infrastruktur ladang serta pembelian baka. Ini termasuklah perbincangan mengenai carta aliran tunai dan jangkamasa yang diperlukan bagi mendapatkan pulangan pelaburan.

Peserta juga diberi penerangan jelas mengenai rekabentuk dan 'layout' kandang yang praktikal dan sesuai supaya mereka dapat 'do it right at first time', iaitu tanpa perlu meminda semula 'layout' kandang pada masa depan.

Prospek pasaran dan pemasaran juga dibincangkan untuk memberi sedikit pendedahan kepada peserta tentang pasaran dan pemasaran kambing dalam untuk baka dan untuk keperluan daging .

Peserta yang menghadiri program ini. Dari kiri En. Mad Akhir, Hj. Amir, Azreen, Hisham dan Hafiz.


Pada hari ke-2, iaitu bagi Modul ke-2, peserta diberi penerangan mengenai aspek praktikal penternakan kambing . Di dalam modul ini, peserta diberi latihan asas bagi mendedahkan mereka kepada kehidupan seorang penternak.


Latihan menggunakan mesin chopper untuk memotong Napier


Salah seorang peserta program, Azreen, sedang memotong Napier menggunakan mesin chopper. Ada tokoh jadi usahawan ternak ni......cerah masa depan.


Latihan praktikal asas suntikan ke atas kambing - suntikan ke bawah kulit (subcutaneous route) dan ke dalam otot (intramascular). Hafiz sedang menyuntik seekor kambing sambil dibantu oleh pekerja Assakinah Agro Farm dan diperhatikan oleh peserta lain, Azreen.


Bergambar bersama peserta di akhir program.


Pihak kami merancang menganjurkan Program Siri ke-5 pada akhir bulan Mei nanti. Bagi sesiapa yang berminat menyertainya, sila emailkan butiran peribadi berikut kepada saya:

1) Nama dan No KP
2) No hp untuk dihubungi
3) Alamat
4) Tarikh yang sesuai untuk anda di bulan Mei.


Emailkan kepada saya di assakinahagrofarm@gmail.com

No comments: