Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Feb 28, 2011

Jangkaan (Forecast) Untung Rugi Operasi Projek Penternakan Kambing Tahun 2011

Assalamualaikum wm wbkh...

Berdasarkan perjalanan operasi ladang kambing saya di hulu langat sekarang ini, saya membuat anggaran ringkas bagi jangkaan (forecast) untung rugi tahunan. Ia merupakan sasaran minima yang saya harap akan dapat dicapai untuk tahun operasi 2011 ini, iaitu bagi jualan yang akan dibuat pada awal tahun 2012 akan datang.

Anggaran saya adalah seperti berikut :

Kos operasi ladang (bulanan):
1. Gaji pekerja(2 org) = RM800 x 2 = RM1,600
2. Palet (konsentrat) = 50 kg x 30 hari = RM30 x 30 = RM900
3. Hampas soya = 200kg x 30 = RM40 x 30 = RM1,200
4. Lain-lain bahan (jagung, gandum, bijan, mineral, garam, dsb) = RM200
5. Jerami = 350kg  (1 gulong) x 4 gulong sebulan = RM100 x 4 = RM400
6. Sewa tanah (2 ekar) = RM200
7. Elektrik = RM100
8. Petrol = RM100
9. Ubat cacing = RM100
10. Lain-lain ubat = RM100
11. Penyelenggaraan kandang dan ladang=RM100

Jumlah kos operasi bulanan = RM5,000
Kos operasi tahunan = RM60,000


1. Bilangan induk matang yang sihat = 100 ekor
    Nota: Bilangan kambing lain-lain (pejantan, induk muda,        kambing untuk "trading", dll) = 50 ekor
2. Jangkaan produktiviti tahunan = 150%
3. Bilangan anak lahir dan 'survive' setahun = 150 ekor
4. Sasaran berat purata anak kambing setelah berusia 1 tahun = 40kg
5. Sasaran harga jualan anak kambing berusia 1 tahun = RM20 sekg x 40 kg = RM800
    (Nota: Harga pasaran minima di KL bagi kambing hidup
     = RM20 sekilogram)
6. Sasaran jualan tahunan = RM800 seekor x 150 ekor setahun
     = RM120,000
7. Sasaran keuntungan kasar tahunan = RM60,000
8. Sasaran keuntungan kasar bulanan = RM5,000

Untuk tahun 2011 ini, saya berhasrat untuk sekurang-kurangnya mencapai sasaran di atas, InsyaAllah. Sekiranya sasaran di atas dapat dicapai, saya berharap dapat menggandakan keuntungan dalam tahun-tahun berikutnya dengan cara menambah bilangan induk.

Untuk mencapai sasaran berat purata 40kg sewaktu berusia setahun, berat anak kambing sewaktu lahir haruslah mencapai 3kg manakala kenaikan berat bulanan pula mestilah mencapai purata 3.1kg sebulan. Berdasarkan perkembangan mutakhir ini, saya menjangkakan sasaran ini mampu dicapai, InsyaAllah

Semoga Allah mempermudahkan urusan ini bagi saya... aamiin...........





1 comment:

atiqaziz_84 said...

terima kasih atas menyatakan perkiraan untung ternak kambing ini. saya doakan tuan mendapat target itu...

atiqaziz_84@yahoo.com