Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Nov 29, 2009

"PREGNANCY TOXEMIA" (KETOSIS) INDUK BUNTING

Assalamu'alaikum wm wbkh!Semalam, 28Nov 2009, salah seekor induk Boer F3 kami yang sudah berusia kira-kira 6 tahun melahirkan seekor anak pada jam 12 malam. Selepas melahirkan anak, induk ini menjadi kurang bertenaga dan tidak dapat bangun. Apabila diberitahu oleh pekerja kami pada sebelah paginya, saya bergegas ke kedai veterinar untuk membeli cecair syrup 'ketol" kerana saya menjangkakan indik Boer tersebut diserang 'pregnancy toxemia" atau juga dikenali sebagai "milk fever" atau dipanggil juga "ketosis".

Setelah tiba di ladang, saya dapati keadaan induk Boer ini agak nazak, badannya panas (demam) dan saya rasakan ketibaan saya untuk memberi rawatan sudah agak terlewat. Walau bagaimana pun saya tetap cuba memberikan syrup "ketol" tersebut dan memerhatikan keadaannya untuk beberapa ketika. Nampaknya induk tersebut gagal memberikan respons terhadap rawatan saya, maklum keadaannya sudah agak nazak. Lebihkurang 30 minit kemudian, induk Boer tersebut menghembuskan nafasnya yng terakhir.

Nota: InsyaAllah saya akan update lagi nanti mengenai apa itu "pregnancy toxemia" dan kemungkinan-kemungkinan mengapa induk Boer tersebut megalami "pregnancy toxemia"....





 
 

Nov 27, 2009

SELAMAT MENYAMBUT IDUL ADHA

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Kami di Assakinaah Agro Farm mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha kepada semua pengunjung dan rakan penternak sekelian. Semoga kita dapat menghayati semangat pengorbanan sebenar dan mengambil iktibar dari kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail alaihimassalam...

Nov 15, 2009

KURSUS ASAS PENTERNAKAN KAMBING

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Perlaksanaan dan Kawalan (ICU) Cawangan Kuantan, Pahang telah menganjurkan Kursus Asas Penternakan Kambing selama 3 hari bermula dari 13hb-15hb November 2009 bertempat di Lembah Azwen Resort, Batu 14 Hulu Langat, Selangor. Kursus dikendalikan oleh CHRD Enterprise, iaitu syarikat di bawah naungan Daya Fasih Sdn bhd. Program ini merupakan program pembangunan insan yang melibatkan penduduk-penduduk miskin luarbandar dari daerah Bera dan Rompin Pahang. Mereka dibawa dengan bas khas ke Hulu Langat. Saya bertindak sebagai Perunding bagi program ini dan bertanggungjawab menyampaikan beberapa siri ceramah bimbingan di resort ini.

Majlis pembukaan pada malam hari pertama diisi oleh penceramah jemputan, iaitu Dr. Hj. Mohamad Mustafa, yang merupakan Penyelidik Prinsipal Kanan di MARDI, dan telah terlibat dalam program penyelidikan dan pembangunan kambing selama 30 tahun.

Hari ke-2 program pula diisi dengan lawatan ke ladang kami, Assakinah Agro Farm, yang terletak kira-kira 10km dari resort tersebut, di mana penerangan 'on-site' serta latihan amali dijalankan di kandang kami ladang Assakinah Agro Farm.

Kami memanjatkan syukur kepada Allah kerana dapat sama-sama terlibat dalam program seperti ini yang mensasarkan golongan miskin luarbandar. Semoga mereka mendapat menafaat dari pengisian program ini serta berpeluang memajukan diri di masa depan, InsyaAllah.

Nov 12, 2009

BULETIN 12 NOV : LAPURAN RAWATAN KECACINGAN

Assalamu'alaikum pengunjung semua....
Sepertimana yang dialami oleh sebahagian sahabat-sahabat penternak, kami di Assakinah Agro Farm juga mengalami masaalah kambing-kambing menjadi kurang cergas, kehilangan berat badan terutama selepas beranak dan tak kurang juga kes kematian terutama anak-anak yang berusia kurang 3 bulan (belum cerai susu).

Kami mengasingkan kambing-kambing yang sebegini ke dalam petak khas untuk diberi rawatan terhadap kemungkinan masaalah kecacingan, serta diberi pemakanan dengan kuantiti yang lebih banyak serta perhatian yang lebih teliti. Walau bagaimanapun, setelah 2 bulan rawatan kecacingan diberi menggunakan "Cidectin pour-on", sebahagian besar kambing dari kumpulan ini nampaknya tidak menunjukkan reaksi yang positif, bahkan ada yang menjadi semakin kurus. Sebelum ini, Cidectin terbukti amat berkesan untuk rawatan kecacingan bagi kambing-kambing kami.

Setelah membuat sedikit kajian mengenai masaalah kecacingan ini, dan atas tips yang diberikan oleh sahabat-sahabat penternak yang lebih berpengalaman, kami membuat andaian berikut:
1. kambing-kambing ini sebenarnya telah bebas dari "cacing biasa" setelah diberi rawatan Cidectin.
2. kambing-kambing ini berkemungkinan telah diserang oleh "cacing luarbiasa" yang tidak lut dengan rawatan Cidectin.

[Nota: Cacing biasa yang dimaksudkan adalah "Cacing Perut" atau "Stomach Worms" yang terdiri daripada: 1. Barbers pole worm (Haemonchus contortus), 2. Black scour worm (Trichostrongylus species), dan 3. Brown stomach worm (Ostertagia species) ]

Oleh itu bermula dari 15 oktober 2009 lepas, kami memulakan program rawatan kecacingan untuk menghapuskan "cacing luarbiasa" ini untuk kesemua kambing-kambing kami, bermula dengan kumpulan kambing yang sangat kurus ini. Kami merawat kambing-kambing ini petak demi petak dan mengambil masa beberapa hari untuk merawat kesemua 200 ekor induk dan jantan serta kira-kira 30 anak-anak yang berusia lebih dari sebulan.

Alhamdulillah..dengan izin Alah, selepas kira-kira 2 minggu, kami dapati tindakbalas kambing-kambing kami amat memberangsangkan. Hampir kesemua induk-induk dari kumpulan yang sangat kurus ini, sudah mula menampakkan pertambahan berat badan.

Hari ini, iaitu setelah lebih dari 3 minggu rawatan diberikan, kami berpuashati dengan hasilnya. Kes-kes induk dilanda kemurungan dan kurang cerdas nampaknya tidak berlaku dalam tempoh ini.  Begitu juga dengan kes kematian anak-anak kecil, juga nampaknya terkawal. Semuanya dengan izin Allah...

Alhamdulillah...

Cacing luarbiasa yang saya maksudkan adalah cacing-cacing  berikut:
1. Nodule worm (Oesophagostomum spp)
2. Small lung worm (Muellerius cappillaris)
3. Tape worm (Monezia species) / cacing pita
4. Liver fluke (Fasciola hepatica) / cacing hati
5. Stomach fluke (Paramphistomum species)
6. Thin necked intestinal worm (Nematodirus)

Cacing-cacing dari kumpulan ini "tidak lut" dengan rawatan Cidectin atau ubat cacing dari famili "Mectin".
Saya menggunakan ubat cacing jenama NILZAN khusus untuk sebahagian dari cacing-cacing di atas.

Untuk penerangan lanjut, sila klik :
http://jomternakkambing-penyakit.blogspot.com/2009/10/parasit-ternakan-cacing.html