Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Nov 12, 2009

BULETIN 12 NOV : LAPURAN RAWATAN KECACINGAN

Assalamu'alaikum pengunjung semua....
Sepertimana yang dialami oleh sebahagian sahabat-sahabat penternak, kami di Assakinah Agro Farm juga mengalami masaalah kambing-kambing menjadi kurang cergas, kehilangan berat badan terutama selepas beranak dan tak kurang juga kes kematian terutama anak-anak yang berusia kurang 3 bulan (belum cerai susu).

Kami mengasingkan kambing-kambing yang sebegini ke dalam petak khas untuk diberi rawatan terhadap kemungkinan masaalah kecacingan, serta diberi pemakanan dengan kuantiti yang lebih banyak serta perhatian yang lebih teliti. Walau bagaimanapun, setelah 2 bulan rawatan kecacingan diberi menggunakan "Cidectin pour-on", sebahagian besar kambing dari kumpulan ini nampaknya tidak menunjukkan reaksi yang positif, bahkan ada yang menjadi semakin kurus. Sebelum ini, Cidectin terbukti amat berkesan untuk rawatan kecacingan bagi kambing-kambing kami.

Setelah membuat sedikit kajian mengenai masaalah kecacingan ini, dan atas tips yang diberikan oleh sahabat-sahabat penternak yang lebih berpengalaman, kami membuat andaian berikut:
1. kambing-kambing ini sebenarnya telah bebas dari "cacing biasa" setelah diberi rawatan Cidectin.
2. kambing-kambing ini berkemungkinan telah diserang oleh "cacing luarbiasa" yang tidak lut dengan rawatan Cidectin.

[Nota: Cacing biasa yang dimaksudkan adalah "Cacing Perut" atau "Stomach Worms" yang terdiri daripada: 1. Barbers pole worm (Haemonchus contortus), 2. Black scour worm (Trichostrongylus species), dan 3. Brown stomach worm (Ostertagia species) ]

Oleh itu bermula dari 15 oktober 2009 lepas, kami memulakan program rawatan kecacingan untuk menghapuskan "cacing luarbiasa" ini untuk kesemua kambing-kambing kami, bermula dengan kumpulan kambing yang sangat kurus ini. Kami merawat kambing-kambing ini petak demi petak dan mengambil masa beberapa hari untuk merawat kesemua 200 ekor induk dan jantan serta kira-kira 30 anak-anak yang berusia lebih dari sebulan.

Alhamdulillah..dengan izin Alah, selepas kira-kira 2 minggu, kami dapati tindakbalas kambing-kambing kami amat memberangsangkan. Hampir kesemua induk-induk dari kumpulan yang sangat kurus ini, sudah mula menampakkan pertambahan berat badan.

Hari ini, iaitu setelah lebih dari 3 minggu rawatan diberikan, kami berpuashati dengan hasilnya. Kes-kes induk dilanda kemurungan dan kurang cerdas nampaknya tidak berlaku dalam tempoh ini.  Begitu juga dengan kes kematian anak-anak kecil, juga nampaknya terkawal. Semuanya dengan izin Allah...

Alhamdulillah...

Cacing luarbiasa yang saya maksudkan adalah cacing-cacing  berikut:
1. Nodule worm (Oesophagostomum spp)
2. Small lung worm (Muellerius cappillaris)
3. Tape worm (Monezia species) / cacing pita
4. Liver fluke (Fasciola hepatica) / cacing hati
5. Stomach fluke (Paramphistomum species)
6. Thin necked intestinal worm (Nematodirus)

Cacing-cacing dari kumpulan ini "tidak lut" dengan rawatan Cidectin atau ubat cacing dari famili "Mectin".
Saya menggunakan ubat cacing jenama NILZAN khusus untuk sebahagian dari cacing-cacing di atas.

Untuk penerangan lanjut, sila klik :
http://jomternakkambing-penyakit.blogspot.com/2009/10/parasit-ternakan-cacing.html

No comments: