Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Nov 15, 2009

KURSUS ASAS PENTERNAKAN KAMBING

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Perlaksanaan dan Kawalan (ICU) Cawangan Kuantan, Pahang telah menganjurkan Kursus Asas Penternakan Kambing selama 3 hari bermula dari 13hb-15hb November 2009 bertempat di Lembah Azwen Resort, Batu 14 Hulu Langat, Selangor. Kursus dikendalikan oleh CHRD Enterprise, iaitu syarikat di bawah naungan Daya Fasih Sdn bhd. Program ini merupakan program pembangunan insan yang melibatkan penduduk-penduduk miskin luarbandar dari daerah Bera dan Rompin Pahang. Mereka dibawa dengan bas khas ke Hulu Langat. Saya bertindak sebagai Perunding bagi program ini dan bertanggungjawab menyampaikan beberapa siri ceramah bimbingan di resort ini.

Majlis pembukaan pada malam hari pertama diisi oleh penceramah jemputan, iaitu Dr. Hj. Mohamad Mustafa, yang merupakan Penyelidik Prinsipal Kanan di MARDI, dan telah terlibat dalam program penyelidikan dan pembangunan kambing selama 30 tahun.

Hari ke-2 program pula diisi dengan lawatan ke ladang kami, Assakinah Agro Farm, yang terletak kira-kira 10km dari resort tersebut, di mana penerangan 'on-site' serta latihan amali dijalankan di kandang kami ladang Assakinah Agro Farm.

Kami memanjatkan syukur kepada Allah kerana dapat sama-sama terlibat dalam program seperti ini yang mensasarkan golongan miskin luarbandar. Semoga mereka mendapat menafaat dari pengisian program ini serta berpeluang memajukan diri di masa depan, InsyaAllah.

No comments: