Semalam, Rabu 22hb Disember, saya sekali lagi berpeluang ke ladang kambing saya di Hulu Langat untuk menghantar bekalan petrol bagi kegunaan mesin chopper dan motosikal. Di samping itu, lawatan saya ini bertujuan untuk memantau keadaan kambing saya setelah saya mengubah pemakanan mereka. Dua hari lalu saya dimaklumkan oleh pekerja saya bahawa seekor induk mengalami sedikit ceret beret yang tidak kritikal, dipercayai kerana memakan terlalu banyak hampas soya. Walau bagaimanapun, nampaknya hari ini ia telah kembali normal dan dalam keadaan sihat walafiat.
Secara umumnya, keadaan kambing saya agak memuaskan berbanding dengan keadaan mereka kira-kira 2 bulan lepas. Perubahan keadaan mereka sangat ketara. Nampaknya Allah telah memakbulkan doa saya selama ini yang tak jemu-jemu mengharapkan pertolonganNya agar perusahaan penternakan kambing saya ini menemui kejayaan. Sebelum ini saya agak buntu dan hampir putus asa apabila melihat keadaan kambing yang kurus dan terlalu mudah diserang penyakit, terutamanya ceret beret. Kadang-kadang ada yang mati secara mengejut walaupun sebelumnya kelihatan sihat.
Walau bagaimanapun, dari kira-kira 160 ekor populasi kambing tersebut, terdapat kira-kira 20 ekor yang masih sangat kurus, 5 darinya kurus agak kronik. Kambing-kambing ini diasingkan ke dalam petak khas untuk diberi rawatan intensif.
Induk kacukan ini adalah yang paling kurus, masih belum pulih walaupun sudah beberapa kali diberi ubat cacing. Yang anihnya, induk ini kuat makan |
Kumpulan induk kurus yang diasingkan untuk diberi rawatan dan pemantauan khas |
Kumpulan yang kurus kronik di atas - pandangan dari sudut lain |
Kumpulan ini telah beransur pulih, walaupun masih kelihatan agak kurus. Juga diasingkan di petak khas untuk pemantauan berterusan |
Saya bercadang untuk menggunakan sejenis "enzim" untuk meningkatkan "Feed Convertion Ratio" (FCR) bagi kambing-kambing ini dalam jangka masa terdekat ini. Ia bertujuan untuk meningkatkan berat badan mereka. Mudah-mudahan usaha saya ini akan berjaya.
SemogaAllah permudahkan urusan saya ini... aamiin...
No comments:
Post a Comment