Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jan 12, 2011

Banjir Di Australia Dan Kenaikan Harga Kambing

Assalamualaikum wm wbkh!
Nampaknya banjir yang melanda beberapa bahagian benua Australia sejak akhir-akhir ini masih berterusan hingga ke hari ini. Sebelum ini pun Australia dilanda beberapa malapetaka. Kesannya adalah terputusnya bekalan kambing feral yang biasanya diimpot masuk dari negara tersebut dalam jumlah yang besar iaitu beberapa ribu ekor setiap bulan untuk tujuan sembelihan.

Sebagaimana yang kita maklum, feral merupakan kambing liar yang hidup bebas, bukannya kambing yang diternak. Itulah sebabnya bekalan kambing jenis ini dapat diperolehi dengan murah. Walau bagaimana pun, banjir panjang yang berlaku di negara sumber tersebut menyebabkan bekalannya kini sangat sukar diperolehi, bahkan hampir tiada yang diimpot masuk ke negara kita sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.

Natijahnya adalah kenaikan harga kambing tempatan di pasaran. Ini memberi nafas baru kepada penternak-penternak tempatan yang selama ini terpaksa bersaing dengan pengimpot feral.

Saya terfikir.... sekiranya banjir besar yang sedang melanda Australia ini menyebabkan kematian induk-induk feral, tentunya akan menjejaskan bekalan kambing tersebut di pasaran untuk tempoh yang lama. Apakah industri penternakan kambing tempatan akan mendapat menafaat akibat pertambahan permintan dan kenaikan harga pasaran?

Kita tunggu dan lihat... serta bersedia...

Wallahu a'alam....

No comments: