Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jan 11, 2011

Jerami Padi Sebagai Sumber Fiber

Assalamualaikum wm wbkh!
Ternakan ruminan memerlukan fiber bagi membantu pencernaan makanan. Fiber boleh didapati dari sumber seperti rumput dan daun-daun kayu. Di kalangan penternak ruminan, rumput merupakan pilihan yang paling popular, kerana di samping membekalkan fiber, ia juga merupakan sumber protin yang baik. Bagi penternak yang menternak secara lepas bebas (free grazing), rumput merupakan sumber makanan yang paling ekonomik dan ia dapat membekal segala keperluan diet kambing, iaitu protin, fiber dah juga karbohidrat.

Walau bagaimanapun, bagi yang menternak secara fidlot, usaha mendapatkan rumput dalam kuantiti yang secukupnya memerlukan kos yang agak tinggi (untuk bayaran upah buruh dan lain-lain). Dalam kes ini, jerami padi boleh dijadikan sebagai sumber altenatif fiber. Kandungan selulos susah hadam yang terdapat dalam jerami menyebabkan ternakan ruminan terpaksa mengunyahnya berulangkali. Fisiologi perut ruminan yang mempunyai empat bahagian perut memungkinkan hal ini, kerana jerami yang dimakan dan disimpan di dalam rumen boleh dikeluarkan semula bagi dikunyah secara berulangkali. Proses ini membantu penjanaan airliur, dan enzim dari airliur ini membantu pencernaan makanan, sekaligus dapat memperbaiki FCR ternakan. Natijahnya adalah ternakan menjadi sihat dan berat badannya bertambah kerana berupaya memenafaatkan sebanyak mungkin zat makanan yang dimakan.

Walau bagaimana pun, penternak harus memahami bahawa jerami tidak membekalkan sumber protin dan karbohidrat. Jadi, sekiranya jerami dijadikan pengganti rumput, makanan tambahan yang dapat membekalkan protin dan karbohidrat haruslah diberi kepada ternakan untuk melengkapkan diet mereka.

No comments: