Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jom Bersama Hamas & Rakyat Palestin

Jan 19, 2011

Kelahiran Pertama 1432H/2011M



Assalamualaikum wm wbkh!
Semalam 13 Safar 1432 Hijriah, bersamaan 18 Jan 2011, saya mendapat berita gembira dengan kurniaan seekor anak kambing. Ini merupakan kelahiran pertama di kandang saya bagi  tahun 1432H dan 2011M. Induknya adalah seekor AngloNubian kacukan manakala bapaknya adalah seekor Boer FB. Saiznya agak besar di mana berat anak berdasarkan timbangan hari ini adalah 3.5kg. Kelahiran ini sungguh menggembirakan saya kerana keadaan anak yang sihat dan berat badan yang sangat memuaskan... Alhamdulillah....

Sebelum ini saya hampir berputus asa dengan usaha penternakan kambing kerana keadaan induk yang kurus dan kurang sihat menyebabkan anak yang dilahirkan bersaiz kecil dengan berat badan yang rendah. Ini mengakibatkan kadar kematian anak-anak yang lahir pada 2010 adalah amat tinggi.

Tapi, akhir-akhir ini terdapat petanda-petanda positif yang menunjuk ke arah kejayaan usaha saya ini. Saya merasakan pertolongan Allah sudah tiba setelah bertahun-tahun saya berusaha, berdoa dan terus berusaha. Alhamdulillah.... SubhanAllah.... Allah Maha Mendengar... Allah Maha Mengabulkan doa.


Anak betina yang lahir semalam, 18Jan 2011, bersaiz agak besar dengan berat 3.5kg
Bersama induknya  iaitu seekor Anglo-nubian kacukan berwarna hitam. Bapaknya pula seekor Boer Fullblood berwarna putih dengan warna perang di kepala.

Pekerja ladang kambing AsSakinah Agro Farm sedang memegang anak kambing yang baru lahir



Di bawah ini pula saya paparkan gambar-gambar anak-anak kambing saya yang berusia antara 3 bulan lepas.

Anak kambing ini lahir pada 9 Okt 2010, hari ini berusia 3 bulan 9 hari, dan berat kini adalah 7.7kg. Ibunya mendapat rawatan enzim sekira-kira beberapa hari setelah melahirkannya




Yang ini pula lahir pada 10 Oktober 2010, kini berusia 3 bulan 8 hari, berat kini 7.7kg juga. Ibunya juga mendapat rawatan enzim beberapa setelah melahirkan anak.



Anak yang ini pula berusia 4 bulan lebih, lahir pada 10 Sept 2010. Walaupun berusia sebulan lebih tua dari kedua-dua anak kambing di atas tadi, beratnya adalah sama juga iaitu 7.7kg juga. Ibunya mendapat rawatan enzim kira-kira sebulan selepas melahirkannya.

Dua ekor anak kambing saya, yang seekor berusia kira-kira  4 bulan lebih, manakala yang lebih besar berusia hampir 6 bulan. Alhamdulillah kedua-duanya berbadan gempal dan sihat walafiat. 

Mengikut pengalaman selama 4 tahun membela kambing, selalunya saya mendapat anak kambing dengan berat purata di sekitar 2.5kg atau kurang. Jika berat anak yang lahir adalah di bawah 2kg, besar kemungkinan ia akan mati dalam tempoh beberapa minggu. Kurniaan anak kambing seberat 3.5kg ini beserta keadaan anak-anak kambing lain yang sihat dan berbadan gempal seolah-olah memberi suatu  tiupan semangat baru ke dalam diri saya untuk terus bergiat dan memajukan diri dalam industri penternakan kambing, InsyaAllah ianya berterusan....

Saya panjatkan syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana dengan pertolonganNya jua semua ini menjadi sesuatu yang mungkin. Alhamdulillah....

Untuk makluman, saya masih mengkaji untuk memastikan samaada perubahan positif yang berlaku di kandang saya adalah hasil pemberian sejenis enzim  yang membantu pencernaan zat makanan, seterusnya menurunkan FCR dan menggalakkan kenaikan berat badan.




No comments: